• Begitulah Kehidupan

    Hutang itu Hikmah

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه dan Salam Sejahtera Bersempena dengan musim kejar mengejar LHDN vs para pekerja dan peniaga, kalini aku terpanggil nak share berkaitan hutang. Aku kerap dengar cerita pasal orang yang banyak hutang dan akhirnya memilih jalan penyelesaian dengan meminjam dengan ah long. Ada sekali ni aku melepak dengan kawan rapat aku zaman universiti dulu. Lama tak dengar khabar. Terjumpa dia di kedai mamak. Nampak serabut, tak macam dulu. Sembang punya sembang, sampai dia bercerita hal tekanan hidup dia. Tekanan kewangan yang dihadapi membuatkan dia rasa nak bunuh diri. Sampaikan dia kecewa dengan hidupnya sekarang. Seingat aku waktu belajar dulu, dia ni merupakan seorang pelajar yang pandai. Pandai…

  • Begitulah Kehidupan

    Tips Rajin Solat Sebelum Kau Disolatkan

    Dikala menaip ayat ini pun hati aku masih tersentak. Menangis hati aku. Banyaknya dosa-dosa. Moga Allah ampunkan dosa kita semua. Kenapa? Kau tak solat? Aku masih belum sempurna solatku. Masih ada yang terlambat, masih ada yang lompong, bacaan pon tidak sempurna. Masih ada yang tidak khusyuk. Tapi aku bersyukur. Sangat bersyukur. Jika dibandingkan dengan waktu lampau, jauh sangat beza. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Masih Kau bagi aku kesempatan untuk merasakan bezanya hati aku semasa jahil dan sekarang. Tidaklah sempurna, tapi ada pembaikannya. Macam mana aku berubah? Aku percaya ramai yang berada dalam keadaan aku yang dulu. Nak solat, tapi Allahhhh beratnya punggung kau nk bangun. Walhal hati dah niat dah…

  • Begitulah Kehidupan,  Family

    Anak Derhaka

    Assalamualaikum dan salam sejahtera Boleh ke kalau aku cakap aku ni contoh anak yang baik? Ini statement sekarang. Hahaa. Dulunya? Korang nak tau cerita aku? Meh aku cerita detail. Kau jangan terkejut tau. Banyak cerita lampau, tapi kalini aku cerita 1 je dulu. Semuanya bermula ketika aku berumur 14 tahun. Sejak dari kecil, aku ramai kawan lelaki. Bukan sebab tak ada kawan perempuan yang nak kawan dengan aku. Kihkih..Tapi sebab aku malas nak layan drama perempuan yang kuat sentap dan kecil hati ni. Aku pulak jenis mulut selamba je sebut apa yang hati aku tengah rasa time tu. Zaman Sekolah Masa umur aku 14 tahun, aku baru bertukar dari sekolah…

  • Umum

    Hello Dunia!

    Tarikh harini aku kena ingat ni. Masuk dalam kalendar anniversary. Haha! Aku dah lama berangan nak buat blog. Kecil-kecil dulu aku suka share everything dalam diari. Alhamdulillah, harini aku berjaya buat blog atas bantuan dan guide dari cikgu blog aku. Korang rajin-rajin la baca entri aku tau. Aku niat nak share perkara-perkara best yang berlaku dalam hidup aku dalam ni. Moga-moga dapat jadi sumber pahala untuk aku bila aku takda nanti kan. Cheers!?