Begitulah Kehidupan,  Family

Anak Derhaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Boleh ke kalau aku cakap aku ni contoh anak yang baik? Ini statement sekarang. Hahaa. Dulunya? Korang nak tau cerita aku? Meh aku cerita detail. Kau jangan terkejut tau. Banyak cerita lampau, tapi kalini aku cerita 1 je dulu. Semuanya bermula ketika aku berumur 14 tahun.

Sejak dari kecil, aku ramai kawan lelaki. Bukan sebab tak ada kawan perempuan yang nak kawan dengan aku. Kihkih..Tapi sebab aku malas nak layan drama perempuan yang kuat sentap dan kecil hati ni. Aku pulak jenis mulut selamba je sebut apa yang hati aku tengah rasa time tu.

Zaman Sekolah

Masa umur aku 14 tahun, aku baru bertukar dari sekolah Ampang ke sekolah Kajang. Macam biasalah, kawan yang aku rapat dulu mestilah kawan lelaki. Gaya aku pun memang agak kejantanan sikit. Berbekalkan muka yang sedikit comel walaupun kasar, ramailah lelaki yang sudi berkawan dengan aku.

Ada 1 hari ni, kami ada field trip ke Melaka. Dalam 2 bas ke bandar Melaka bersejarah masa tu. Dalam perjalanan balik ke sekolah semula, aku ternampak ada sorang geng aku ni masukkan something dalam beg aku. Tanpa aku rasa sangsi, aku biar je lah.

CSTeam TTDI Trip Challenge Q1
Lepas 20 tahun, aku datang balik bawak 2 ketul anak aku ?

Masuk ke sekolah balik, aku dipanggil ke bilik Guru Besar. Sampai bilik guru, MashaAllah! Mak bapak aku sekali ada. Ah sudah, masalah apa pulak kalini. Rupanya kertas yang kawan aku masukkan dalam beg tu adalah cerita 18sx. Aku tak sempat baca pun aku kena. Teruknya rasa masa tu.

Digantung

???????

Disebabkan kertas tu dijumpai dalam beg aku, aku di gantung sekolah selama 1 minggu. Bapa aku bagi silent treatment kat aku. Tak bercakap dan tak pandang aku langsung. Sakit gila rasa die. Cop ‘Anak Derhaka’ atas dahi aku!

Aku mengaku aku tak berapa rapat dengan parents aku masa ni. Sebab mereka banyak luangkan masa di luar rumah. Dalam umur aku yang sedang meningkat remaja masa tu, aku memang kuat memberontak. Bila aku rasa terpinggir, mulalah aku buat hal sendiri.

Parents Sibuk

Parents aku ni terlibat dalam bidang jualan langsung. Atau lebih dikenali sebagai MLM. Kerja merata-rata, lebih banyak bersama agent di bawah daripada anak-anak. Rupanya perasaan ni sangat bahaya. Aku mula rasa aku tak perlukan parents aku dalam hidup aku. Perasaan benci semakin dalam.

Kami panggil Meniaga Larut Malam ?

Dipendekkan cerita, bila aku semakin meningkat usia, dah berkahwin dan dah ada anak, aku mula nampak perspektif sebagai parents. Terlalu banyak rasa bersalah masa tu. Tuhan tu Maha Adil. Allah letakkan aku dalam bidang yang sama. Aku kerja bidang yang sama, bidang jualan langsung.

Terima kasih Allah atas pengajaran lampau. Sekarang aku make sure hidup aku balance. Time bersama anak merupakan priority pertama. Aku cuba jadikan keluarga dan kerja dalam level yang sama. Sebab aku tau perasaan sebagai anak yang ditinggalkan atas dasar kerja. Aku tak nak berlaku pada aku dan anak-anak aku pula.

Nak Tenang, Minta Maaf

Disebabkan rasa bersalah menjadi anak derhaka sebab membenci parents sendiri masih ada, aku ambik jalan yang paling bahagia. Aku minta maaf sepenuh hati pada parents aku. Keadaan masa tu sangat hiba. Parents aku pun minta maaf sebab sedar mereka ada buat salah pada aku dan adik-adik mengabaikan kami pada suatu masa dulu.

Pesan aku pada korang 1 je. Apa yang korang rasa dalam hati, korang jangan pendam. Nanti makan diri. Mungkin sekiranya aku cuba berborak dengan parents aku masa tu dan bagitau hal sebenar, perasaan benci dan dendam aku tu tak jadi. Tapi aku percaya semua benda yang jadi ada hikmah.

Dinner Shellout for Birthday Papa
I ❤️ YOU MOM!

Aku cuba dan masih berusaha menjadi anak yang terbaik untuk ibubapa aku dan berusaha jadi ibu dan isteri terbaik untuk keluarga aku. Nanti next entri, aku rasa nak share pasal apa yang aku buat untuk bahagiakan parents aku. Mungkin dapat jadi inspirasi pada korang.

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge