Suka Aku,  Travel

Apps Kiblat Paling Best

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه dan Hello Gaissss

Aku ni jarang sangat bercuti bawak anak-anak. Boleh dikira dengan jari lah berapa kali je aku bawak anak-anak bercuti ke negara orang.

Nak dijadikan cerita pada tahun 2013, lebih kurang bulan 10 camtu, suami aku ajak pegi ke Ho Chi Minh.

1st Family Trip

Syiok weii. 1st time nak ke negara orang bersama suami ni. Suami aku, Din, ajak aku dan dia suggest aku bawak anak-anak sekali. Berdebar aku masa die suggest benda ni. Mak aku selalu pesan, nk pegi mana-mana tak payah lah bawak anak-anak masa diorg kecik.

Sembang punya sembang dengan Din, maka kami pon decide untuk bawak sekali mak aku dan mak din. Jadi trip kali ni, kami pergi ber6. Aku, Din, mak aku, mak Din, anak 1st aku 2 tahun dan anak 2nd baru berusia 5 bulan.

Tujuan utama trip ni Din nak mula buat bisnes dengan jual kain, telekung dan macam-macam lah. Ho Chi Minh kan terkenal dengan kain yang murah-murah. Jadi kami berangkat ke sana dan duduk betul-betul kat tengah town.

Isu Utama

Perkara yang paling jadi masalah bila ke negara orang ni as aku expect awal-awal, isu nak cari makanan halal dan nak cari kiblat.

Disebabkan ini pertama kali aku ke negara orang, aku belum pernah download lagi apps kiblat ni. Memang payah. Ade few apps aku cuba download. Dan beberapa kali itu juga lah apps ni menipu kami.

Mak-mak aku memang bergantung pada kami lah untuk bagitau kat man akiblat. 😜😂🤣Hahaha😜😂🤣. Dah jadi 1 masalah bila ketiga-tiga apps ni menunjukkan kiblat yang tak sama. Haru!

Akhirnya, kami decide untuk pegang pada 1 apps je..TawakalAlallah.

Muslim PRO; Apps Terbaik

Muslim pro

Balik je ke tanah air, aku teringat-ingat lah pasal apps ni. Masih dok menggodek dan baca review pasal apps kiblat yang paling sesuai. Last skali, aku jumpa apps yang sangat boleh dipercayai. Yang paling penting, arah kiblat dia tak berubah-ubah.

Korang yang mencari apps kiblat, tolong lah download apps ni siap-siap sebelum ke luar negara. Apps ni di develop pada tahun 2010 lagi rupanya. Ada macam-macam feature.

1. Tab “Hari Ini”

Dalam tab ni ada macam-macam info. Lebih kurang summary of the day. Kat sini jugak ade setting untuk locate kita di mana secara automatik. Just tekan button “Waktu Solat Seterusnya” kat belah kiri atas, apps ni akan locate kita.

Ada banyak lagi function dalam tab ni. Complete dengan kalendar islam, doa, kalkulator zakat, tasbih etc.

2. Tab “Solat”

Tab ni ada sediakan waktu solat of the day mengikut kawasan setelah kita di locate oleh apps ni. Waktu solat sama dengan yang JAKIM keluarkan. No worries. Tiada syak.

3. Tab “Al-Quran”

Personally, aku suka tab ni. Sebab apps ni ada sediakan ayat Quran of the day. Apps ni juga akan sediakan reminder. Sehari 1 ayat. Aku jenis rimas tengok ada banyak notifications ni. Kalau kat whatsapp biasanya aku “Read All” je kalau dah terlalu banyak sangat notification.

Tapi kt tab ni aku tak mampu nak sekadar click untuk buang notification tu. Tab ni membantu untuk kita baca 1 hari 1 ayat siap bersama dengan maksudnya. Kalau tertinggal beberapa hari, baca je lah beberapa hari punya ayat tu. Tambah pahala kan☺️

4. Tab “Kiblat”

Haa tab ni lah yang sepatutnya membantu kami masa kat Ho Chi Minh dulu. Without fail, apps ni dibuka setiap kali ke negara orang. Dan dipercayai tanpa prejudis..giteww

Cara nak baca kiblat pon mudah. Pegang ke fon arah ke depan, nanti just ikot je arah kiblat yang ada gambar Kaabah tu. Serius memang senang.

Happy downloading gaiss.

Hugs & kisses 😘




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge