Begitulah Kehidupan

Bestnya Merokok

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه and helo gaisss

Kalau nak ikutkan aku lah orang yang paling senang terpengaruh untuk hisap rokok. Sebabnya lahir2 aku dah dikelilingi orang yang kuat merokok. Tak kisah perempuan atau lelaki, tua atau muda. Semuanya merokok. Rokok komersial ye, rokok daun pon ye. Dari kecik dah tengok pakcik2 dok menggentel rokok guna penggelek kecik yang boleh simpan dalam poket tu. Tapi alhamdulillah, still standing strong, aku tak merokok sbb tak nampak mana bestnya, dah rasa tapi tak best pon. Sesak dada ade lah. Why gaiss? Why? Apa bestnya merokok.

Ada jugak keliling aku yang berjaya berhenti hisap rokok. Bukan senang nak buat. Sebab banyak jugak yg aku tengok try tapi tak menjadi2. Tak dapat nak istiqomah. Ada yang kata perut memulas2 tak selesa bila cuba berhenti merokok. Ada jugak yang kata berat makin naik. Suami aku sendiri belum berjaya berhenti merokok walaupon berkarton rokok dia yang aku dah sorok pastu aku campak buang. Walaupon dia tau kegiatan aku, dia tetap beli rokok gudang garam dia kt kedai Acheh. Dapat pulak pairing dengan pak mentua dia, besar kecik besar kecik je gua tengok lu.

Kadang2 asap rokok dihidu oleh budak2 kecil, orang tua, ibu mengandung. Aku yang serba salah. Wahai perokok, tolonglah hormati orang di sekitar anda. Gambar2 kat kotak rokok bukan main geli lagi aku nengok. Terang-terang kat kotak rokok tu gambarkan betapa teruknya peparu bila merokok.

Mudarat/bahaya Jika Anda Merokok

  • 1) Memendekkan usia
  • 2) Membazirkan wang dan waktu
  • 3) Penyebab penyakit seperti kanser peparu, strok, sakit jantung etc
  • 4) Membahayakan kesihatan anak-anak
  • 5) Bau mulut yang tidak menyenangkan & gigi jadi kuning
  • 6) Mempercepatkan proses penuaan
  • 7) Letih dan kurang cergas

FAKTA: Kandungan Berbahaya Dalam Rokok

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.

SUMBER : http://bilikkesihatanskmr2.blogspot.com

OKAY FINEEEE

Okay lah sebab dah addicted to merokok, siapa kita nak halang kan. Apa kata merokok ditempat yang sesuai supaya orang lain tidak kena dan selesa. sebenarnya merokok mendatangkan banyak masalah kepada diri dan juga kepada orang lain. Harap-harap korang faham k. Bukan menghalang tetapi biarlah beetika dan beradabserta menghormati orang lain. Sekiranya kamu menghormati orang lain sudah pasti orang lain menghormati kamu.

Penat bebel pasal rokok ni. Dah tau kesan tak bagus pon buat jugak. Aku doakan korang semua yang masih bergelumang dengan nikotin ni berjaya mengharungi cabaran dunia ini dan berhenti merokok secepat mungkin, for good. Aamiin. Till next entry.

Hugs & kisses 😘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge