Bucket List,  Inspirasi,  Travel

Sky Diving

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه dan salam sejahtera gais.

Conquer your fear

My number 1 bucket list sejak otak aku boleh berpikir is SKY DIVING yoo!!! Really..

27 April 2018, aku, suami dan besfren aku dah plan awal setahun untuk ke New Zealand. Actually, aku dan suami plan untuk bawak bestfren aku yg bernama yat ni untuk treat die sekiranya dia berjaya pecahkan rekod untuk grab title TOP AGENT NATIONWIDE 2017 COWAY. Hebatnya dia, dia dapat title tu.

Yat airport
Kami ni berjalan pun keje still jalan. Momantai. Ni la budak hebat tu.

Maka kami pon ber-RECHARGE bersama 4 orang lagi geng 1 trip. Konsep motorhome je. Best tengok negara orang. Musim kami pergi tu musim sejuk. Betul-betul lepas musim snow. Ada sehari yang kami merasa snow turun. Best gile!

Highlight of the event is actually perkara yang kami wajib buat . Tak boleh say no, wajib buat. Antaranya Sky Diving. Nervous teroxx masa plan. Apatah lagi masa buat kan. Macam-macam kami terbayang masa planning tu. Hehe.

Masing-masing muka togey takde makeup

Wanaka, Selatan New Zealand

So hari ke-3, 30 April 2018, awal pagi kami ke arah airport Wanaka. Cuaca haritu sangat okay untuk skydive. Matahari terpacak, tapi kami tak rasa panas sebab angin sejuk dan nyaman di New Zealand. Giteww..

Wanaka skydive airport
Sampai di airport Wanaka
Form skydive
Neves mengisi form register
Joz form skydive
Seyes eh 🤪

Kami terus ke kaunter untuk register pakej. Plan asal kami bertiga nak ambik skydive ketinggian yang paling rendah. 9,000 kaki je, orang kata sekadar nak merasa je lah. Sekali bila dah masuk dalam bilik wayang diorg, diorg mintak kami tengok cara-cara skydive semua. Lepas tu di offer pulak “why not you do 15,000 feet..bla bla bla”. Denggg kami pandang each other, Din terus kata onz!

Strap Yourself To A Beautiful Stranger

Ini tagline Skydive Wanaka.

Ada beberapa skydive provider di NZ ni. Tapi kami memilih Skydive Wanaka sebab diorg dah ada pengalaman 21 tahun handle aktiviti ni. Dan review pon cun. Honestly, hati ada terpikir nak tengok youtube ada tak kemalangan skydive. Confirm la ada kan. Tapi tak jadi nak tengok. Confirm tak jadi nak naik nanti.

Kenapa “Strap Yourself With A Beautiful Stranger”? Dah tu, pandai ke nak skydive sorang-sorang. Uimakkk takot! So kita di’tandem’kan dengan master tandem kita.

Airport wanaka
Masa ni ade few tourist dari Japan tak silap aku

Setiap seorang akan dapat master tandem masing-masing. Yahoo!! Aku dapat master tandem yang hensem😆

Pakej Ultimate Combo $788

Mohon korang jangan convert ke RM ya. Alang-alang pergi negara orang kan, ambik je pakej paling best, maksimum. Kitorang 3 orang ni memang camni. Ambik je, takyah pikir. Balik Malaysia nanti, kerja kuat-kuat balik. Hehe.

Nama master tandem aku is Sam. Baik dia. Pakaikan baju skydive dan tali semua lah. Siap-siap conteng jari dan tapak tangan dengan ucapan acah conquer your fear. Masa ni aku tengah menahan nervous. Fuhh fuhh.

Sam skydive
Hai Sam!

Owh lupa nak explain pasal pakej. Pakej kitorang ni is pakej maksimum. 15,000 kaki dan freefall 60 saat. Kitorang jugak dapat video dan gambar yang diambil dari master tandem dan sorang lagi jurugambar yg akan ade kt depan kita sepanjang terjunan tu nanti.

Jurugambar depan kita tu nama dia ‘personal’ camera flyer untuk rekod keseluruhan journey skydiving New Zealand kita ni! Omaigod, rasa cam retis.

Camera flyer
Yang kat tepi aku tu lah Camera Flyer untuk aku

Camera flyer ni akan ambil shot dari kita berada di airport, berjalan masuk ke custom skydiving plane, shots yang nampak pemandangan New Zealand, shot masa kita nk keluar dari plane untuk skydive, shot kita menjerit kaw-kaw masa tengah freefall tu, masa bukak parachute dan landing.

Skydive usb
3 usb untuk 3 sekawan

Pakej ni siap bagi kita USB yg ade gambar-gambar dan siap dengan video yang diorg dah edit masuk dengan soundtrack ala-ala thrill giteww.

Pengalaman SkyDive

Sepatutnya kami tunggu 30minit untuk sampai turn kami naik plane. Tapi tiba-tiba matahari menyorok sekejap. Nampak macam menung. Nasib baik mendung je. Dalam 45 minit jugak kami tunggu turn.

Master tandem akan cuba bermesra dengan kita sementara tunggu turn tu. Actually untuk bagi kita rasa tenang dan selesa sikit lah nk terjun dengan dia nanti kan.

Masa naik plane tu, ade lebih kurang total 6 penerjun, 6 tandem master dan 3 camera flyer. Susunan masuk plane akan ikut pada ketinggian skydiving. 15,000 kaki akan masuk dulu, diikuti 12,000 kaki dan 9,000 kaki. Means kami berada di belakang skali.

Sampai je 9,000 kaki, sorang terjun. Oii tengok orang lain terjun bukan main berdebar lagi. Hampeh betul. Plane naik lagi mencanak naik ke 12,000 kaki. Kalini 1 couple terjun. Fuhhh, pasni kami pulak. Kitorg pandang sesama sendiri.

Member aku Yat ni, dia ni gayat. Gayat teruk yang kalau pegi shopping mall terlalu kat tepi railing, dia boleh rasa macam terjatuh. So ini attempt dia untuk pecahkan fear factor utama dia ni. Hebat siot! Tiba time 15,000 feet aku standby dah jantung aku ni siap-siap.

Sebab aku orang pertama oii antara kami ber3. Aku 1st, laki aku Din 2nd dan Yat last. Perghhhhh!!!! Kau pernah mimpi ko terjatuh dari bangunan tinggi pastu rasa melayang. Sebijik rasa dia masa master tandem aku selamba badak terjun melayang gitu.

Skydive exit
Ni masa exit. Harey terapung weii

Aku tak jerit langsung. Pada awalnya. Sebenarnya ko tengah digest kt atas tu betul ke ko tengah melayang atas awan ni. Dia punya pemandangan SubhanAllah. Senyummmm je kat atas tu. Once Sam bukak parachute, masa tu baru aku menjerit. Masa terjun tu ko terapung, okay je. Bila bukak parachute, laju gile tertarik naik ke atas. Masa tu beriya aku jerit. Sampai Sam tergelak. Dah nak sampai bawah pon aku jerit..tapi jerit suka-suka je. 😜😂🤣Hahaha😜😂🤣

Open parachute
Hebat kan shot diorang
Sky
The nicest feeling eva!

Truly the best experience ever. If ada lagi yang lagi tinggi, nak jugak aku try lagi. Why not kan? Paling best bila ko tengok balik video dan gambar-gambar yang sempat camera flyer shot. Takde rupa yang elok, memang ko tak sempat cover ayu lah atas tu.

Landing
See you when i see you dearest Skydive 🥰

Hugs & kisses 😘

Till next entry

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge