Inspirasi

Cara Beli Rumah Dalam Masa 6 Bulan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه dan hello gaiss

Aku nak share cara aku je tau. Awal2 aku nak bagitau yang aku memang takde education formal dalam bidang beli2 rumah sebagai aset ni. So aku hanya sebagai seorang newbies yang takda kepakaran property, nak share camne aku beli rumah dalam masa 6 bulan.

Okay 6 bulan yang aku maksudkan ni adalah tempoh 6 bulan yang aku cantikkan statement bank aku. Mungkin ramai yang tak tau, pekerjaan aku sejak June 2014 adalah dalam bidang jurujual Coway.

Dalam tempoh waktu ni, aku tiada sebarang rumah atau kereta atas nama aku. Komitment bulanan aku hanya bayar personal loan dan kredit kad sahaja. Gaji aku tak mampu untuk aku beli Myvi pon. So takpa, takde nak merintih kesedihan ke apa, sebab honestly time tu aku tak rasa aku susah pon. Laki aku ade motor untuk kami ke mana2 dan kami ada kereta avanza abang ipar yang kami pinjam untuk kegunaan kami ke mana2. Serius time ni aku tak rasa aku susah. So time tu duit guna untuk belanja sendiri je.

1. Cantikkan income statement dan CTOS report

Jadi June 2014 aku bergiat dengan Coway dan pada 20 Julai 2014, aku dapat 1st komisen dari Coway. Berjumlah rm1500+ aku seronok gile aku boleh raya sakan. Disebabkan aku dah merasa 1st komisen yang pada aku agak lebat dengan hanya berbekalkan 4 unit sahaja yang aku berjaya jual, aku teruskan lagi dengan harapan dapat lagi banyak komisen.

Suami aku sarankan untuk aku cantikkan komisen statement aku selama 6 bulan untuk beli rumah. Time ni suami aku sendiri dah ada 3 rumah. So keinginan aku tu berubah daripada nak spend suka2 kepada nak dapatkan aset rumah.

Makesure point kt table tu ‘0’ je

Selama 6 bulan aku pulun betul2 untuk dapatkan komisen yang tinggi. Dalam masa sama, aku cantikkan juga report CTOS dan CCRIS aku untuk kemudahan pembelian rumah nanti. Jangan ada pending bayaran dengan bank. Itu akan memburukkan point ccris korang.

2. Identify nak rumah untuk duduk atau sewa

Aku dibesarkan di kawasan Kajang. Jadi kami ambik keputusan. Untuk duduk di kawasan terdekat antara Kajang, Semenyih atau Bangi. Aku juga tinggal dengan ibubapa, dan aku bakal bawak diorang sekali sekiranya aku beli rumah untuk duduk.

Disebabkan aku belum ada rumah, aku decide untuk beli rumah untuk diduduki dulu. Ibu bapa aku pon setuju untuk berpindah sekiranya aku dapat beli rumah di 3 area ni.

3. Kaji Harga Rumah di Kawasan Yang Dah DikenalPasti

Lepas beberapa survey dan research, kami decide untuk berpindah ke kawasan Semenyih. Ada beberapa sebab, mainly harga dirumah di Semenyih belum naik lagi macam Kajang dan Bangi.

Yelah, kita baru nak bertatih, toksah la cari rumah yang mahal terus, walaupon mampu. Step by step lebih selamat. Hampir setiap hari aku dan suami ke Semenyih untuk tengok rumah2 yang nak diletgo. Berbulan jugak kami survey2 ni. Sampai masuk ke hutan Semenyih dok mencari rumah untuk dijual.

Nak jual pon senang bila kita dah kenalpasti kategori

1 hari tu, rezeki suami aku dapat jumpa dengan seorang tuan rumah ni. Desperately nak jual rumah dia sebab perlu pindah ke Damansara. Kami berjaya dapatkan rumah ni di bawah harga pasaran. Final harga rumah yang owner bagi is RM280,000 manakala harga pasaran time tu dah naik ke RM300,000.

4. Menabung dari Awal

Murahlah macam mana pon harga sesuatu benda, kalau takda duit untuk membeli tak jadi jugak kan. Berbekalkan income Coway aku, aku berjaya menabung untuk beli rumah ni. Rumah subsale lebih banyak duit yang perlu dikeluarkan. Nak bayar owner lagi, bayar lawyer, stamping fee dan macam2.

Alhamdulillah juga owner tinggalkan rumah dia dengan peralatan rumah yang masih elok. Katil, almari dan meja makan masih lagi kuat dan cantik. Save cost kat situ.

So far tu je yang aku buat masa nak beli rumah pertama aku. Very smooth urusan pembelian kami time tu. Allah benarkan. Korang yang belum ada rumah, jangan putus asa tau. Carila side income untuk support perbelanjaan korang. Boleh whatsapp aku kat 0192609719 kalau nak tau camne nak generate income dari Coway ni. Aku cuba bantu, InshaAllah.

Okay gaiss, till next entry.

Hugs & kisses 😘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge