Inspirasi

Elak Sabotaj Hari Anda; 10 Amalan Pagi Untuk Dihindarkan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه dan salam sejahtera gais

Sharing is caring. Jom elak sabotaj hari kita

1. Tidur lewat

Ini punca segala punca. Tidur lewat, maka bangun pon lewat.

Amalkan tidur pada pukul 10pm. Yang ada anak, sangat bagus bila amalkan ni. Ibu bapa tidur awal, mestilah anak-anak ikut sama.

Saya sangat saiyang iphone saya ni. Bukanlah kategori fanat (read: fanatik). Cuma banyak sangat benda boleh set dengan fon kita ni.

Jam

Setiap kali 15 minit sebelum pukul 11.35pm, without fail iphone saya akan keluarkan notification suruh tido dan dia (read: iphone) akan silentkan segala notification yang ada.

Cuba try godek fon anda. Terlalu banyak benefit. Tak perlu tunggu sesiapa ingatkan. Fon pun boleh buat tugas tu.

2. Scroll Facebook, Instagram, Whatsapp

Pernah try? Bangun pagi, terus bukak FB atau IG. Cuba tengok masa yang anda spend. Tanpa terperasan tersedar, sejam dua jam telah berlalu. Adoi ruginya masa yang takkan kembali itu.

Socmed

Itu baru sekadar scroll. Belum tambah masa untuk respon pada post-post kita, post kawan, nak create engagement pada FB la konon kan..hiks

Udah ler tu. Jangan dibuat waktu pagi ya kalau nak hari anda bahagia sehingga ke malam.

3. Reply Email

Email

Hah! Para-para ahli korporat dan eksekutif sekalian alam. Mohon ubah tabiat anda.

Ini semua bahana. Zaman teknologi hebat ni, waktu kerja kita bukanlah lagi 9 pagi ke 5 petang.

Sekiranya tidak dijaga privasi, maka kerjalah kita setiap saat. Nak? Mestilah tak nak kan. Jadi untuk mengelakkan lambat masuk pejabat dan serabut seawal pagi, maka check email dan reply email anda setelah sampai pejabat dengan selamatnya.

4. Solat Akhir Waktu

Yang ni pun best. Saya dah buat dua-dua. Solat awal waktu dan solat akhir waktu (jahilnya saya). Masih sedang berusaha ke arah solat awal waktu. Doakan saya istiqomah pleaseee

Okeh, apa perbezaan die solat awal waktu & akhir waktu?

Solat akhir waktu

Ada 2 perkara yang saya sangat terkesan.

A. Bila solat awal, saya rasa fresh! Rasa suci. Tahu tak aura kita lepas solat? Putih dan besar tau. Cer baca on aura.

B. Bila solat awal, masa yang kita ada dirasakan lebih panjang. Realistiknya, sebab kita tak tergocoh-gocoh nk kejarkan waktu subuh gajah, zohor zirafah, asar gorila dan binatang-binatang lain tu.

Mulakan dengan subuh awal. Atau orang zimbabwe panggil subuh sepiee. Lepas tu, continue bersiap dengan tenang senang lenang untuk ke pejabat.

Kan indah pagi anda?

5. Perut Lapar

Gif lapar

Isi la perut sikit sebelum keluar dari rumah. Macam saya, saya tak boleh heavy breakfast. Nanti perut ‘upset’.

So makan sikit pun jadi lah.

Tak sempat nak masak pagi, no problem. Singgah je 7-Eleven. Beli roti, makan dalam kereta on the way nak ke pejabat.

Mudah kan?

6. Marah

Marah

Mohon jaga mood pagi anda. Elakkan kewujudan marah dalam pagi anda.

Biasanya untuk individu yang ada pasangan hidup dan anak-anak, perkara ni kerap terjadi.

Anak bangun lewat lah, suami mintak macam-macam lah awal pagi yang kelam kelibut tu, mulah lah rasa rimas..semak. Sabar please.

Cuba senyum dulu dan tahan rasa tak best tu. Maybe ada something happen membuatkan kemarahan anda tercetus pada pagi itu. Kita manusia kan, tak boleh nak elak.

Nak tahu solution saya?

Mudah je. Saya baru jumpa cara ni 3-4 bulan lepas. Ada 1 hari tu saya tak berjaya tahan marah saya, kalau tak silap puncanya barang saya hilang. Lalu membebel lah pagi-pagi kat diri sendiri.

Biasanya bila pagi bermula tak best, akan terbawak sampai ke malam. I don’t want that to happen sebab aaya bekerja rapat dengan human being, bukan dengan komputer. Orang boleh rasa negatif vibe kita.

Jadi, on thebway ke pejabat, dalam kereta, saya bukak spotify seperti biasa. Cuma kalini bukan lagu-lagu hip hop yang biasa di dengar. Saya type ‘zikir penenang hati’ dan saya ikut.

Wow! Amazing. Rasa bengang pagi tadi tu hilang. Sampai ofis, saya mampu senyum riang tak ingat dah rasa tak best tu.

Cuba lah. Harap membantu.

7. Pening Fikir Pasal Baju

Jangan risau. Saya pon hadapi benda ni. Prepare lah awal-awal. Prepare malam sebelum. Plan baju apa nak pakai esoknya. Gosok baju siap-siap.

Keluarkan dari almari. Sangkut terus kat pintu. Segala peralatan yang nak dibawa ke pejabat, packing siap-siap.

Mudah kan?

Baju hang

8. Sampai Lewat ke Pejabat

Ini berkait rapat dengan item #1 dan #7.

Lewat ke ofis

Elakkan juga menggunakan route lain dari yang biasa. Kadang kita nak try guna jalan baru.

Rupanya lagi teruk jalan tu. Been there, done that.

9. Tiada To-do-list

Believe it or not, todolist ni saya memang praktik sejak saya sekolah. Hobi bermula hanya disebabkan saya suka buku-buku nota yang comel. Dan juga suka menulis diari.

Tulis item yang perlu disiapkan pada eaok hari. Mulakan dengan item yang paling urgent dan paling complicated.

Cross todolist setiap kali each item berjaya disiapkan.

10. Comot

Ada setengah orang, moodnya akan hilang bila baju atau tudung yang dipakai tercalit sedikit kotoran, tanpa disedari.

Baju kotor

Jadi awal pagi tu, bersiaplah cantik-cantik dan wangi-wangi ya. Masa nak breakfast tu pun, hati-hati menyuap makanan.

Tercalit kt baju, rosak mood seharian. Hehe.

Hugs & kisses 😘




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge