Umum

Food Review: Karipap

Assalamualaikum and hello gaissss

Yeahh! My 1st food review. Dulu aku pernah bercita-cita nak jadi food critic. Haha naseb baik tak berlaku, kalau tak size badan jadi ghoper apa woii. Ok, arini aku nak sembang pasal karipap lah. antara kuih yang paling aku suka makan. sejarahnya, mak aku pandai gile buat karipap dan selalu buat karipap. Rahsia karipap rangup dia is masa uli2 tepung tu, wajib lah letak minyak masak yang dah dipanaskan dalam ulian tepung tu. Haa hebat kan.

kredit to Azie Kitchen

Ok sambung pasal karipap review. ini bukan nak cerita pasal karipap angin tau 🤪. Dalam banyak banyak tempat yang aku pernah rasa karipap, ada few tempat ni karipap dia dalam kategori sedap.

1. Komuter Kajang

1st karipap yang aku mark as sedap located kt komuter kajang. Seawal 7 pagi, once aku sampai komuter kajang, ada beberapa penjual dah memulakan bisnes diorg awal pagi. hanya ada 1 je makcik melayu yang menjual. yang lain kebanyakannya india. makcik ni jual karipap sardin. ya Allah sedapnyaa! 

Karipap sardin Acik Melayu

2. Pasar TTDI

2nd karipap yang mantap ada kat area parking pasar TTDI. Makcik ni aku baru discover awal tahun 2018. start aku bertukar ofis Coway aku dari deret DIY ke deret paparich, tempat kami cari breakfast pon dah berubah. kami ke area pasar untuk cari makan pagi. masa ni la aku jumpa makcik ni. karipap dia sedap especially yang sardin.

Acik karipap ni kedai die luar pagar entrance parking ni

3. Tesco Semenyih

3rd spot karipada mantap adik aku yang kenalkan. ada kat area rumah mak je uolls. kat semenyih. adik-adik aku kata “bapak sedap!”. sampai camtu skali lah. rangup kaw kaw. boleh cari brader yang jual karipap ni kat area Tesco Semenyih. diorg jual guna food truck.

Truck karipap tu betul2 depan Tesco ni

4. Coway Bandar Sri Permaisuri

okeh ni last spot. highlight of the day lah kiranya. aku baru terjumpa masa aku join kelas kt Coway branch Permaisuri. kelas start at 9am dan abis pukul 5 petang. dalam keadaan hujan lebat, aku turun tangga dengan kawan kawan nak masuk kereta. terserempak dengan sorang adik berbajumerah. Nampak macam umur dia lebih kurang 10-12 tahun. Mata aku ni pantang nampak karipap. Laju je perasan. Terus aku order 3 biji rm1. Ngap terus makan.

Seriusla rasa die mengalahkan semua rekod2 karipap yang aku sembang dari point 1 sampai 3 tadi. Kau bayangkan dalam keadaan karipap tu masih panas, ngap 1 kali. Inti dalam dia, mashaAllah. Penuh dengan inti kentang plus ada daging seketul-seketul tu. Serius sedap.

Inilah karipap hebat seantero Malaya iteww

Crust dia pulak, memang rangup. Ini jenis karipap pusing. Sebabkan rasa die sedap, aku terus tambah beli rm8 lagi. Karipap ni punya rangup, sampai ke malam aku test makan, masih rangup. Hebat tukang buat ni. Owh lupa nak mention location. Adik ni kata dia bukak hari-hari. Lokasi dia antara Coway dan Hero Supermarket kat Bandar Sri Permaisuri.

Nampak tak dia punya sedap sampai 3 perenggan aku cerita. Nanti aku buat review makanan lain yeh memandangkan aku suka makan..kihkih. Ok gaisss..till next entry.

Hugs & kisses 😘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge