Begitulah Kehidupan,  Family,  Umum

Hari Mantai Sempena Menyambut Ramadhan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه and hello gaisss

Rumah aku ni walaupon berada di tengah bandar Damansara, aku selalu dikejutkan dengan kokokan ayam. Esok dah puasa. Harini terjaga, mulalah teringat pasal kenangan berpuasa dengan family besar aku.

Manap Clan

Aku dibesarkan dalam keluarga yang besar yang sangat rapat. Especially side mak aku. Ayah orang Batu,9, Cheras. Mak aku pulak asal dari negeri beradat, Tanjong Ipoh, Negeri Sembilan. Disebabkan ukhwah orang nismilan ni kuat, jadi aku tersangat rapat dengan cousin2 aku side mak. Kami namakan family kami as Manap Clan, sempena nama arwah atuk aku.

Bergaduh la camne pon, esok baik dah. Huha huha balik. Member2 aku selalu expresskan rasa amaze diorang bila nampak keakraban aku dengan Manap clan ni. Plan bercuti sama2, lepak sama2, karok sama2. Setiap tahun juga kami akan meluangkan masa untuk photoshoot di Jabbe Production, Bandar Sri Permaisuri setiap kali raya.

Kelainan Sambutan Ramadhan Tahun Ini

Setiap kali puasa dan raya, wajiblah kami semua sambut di Nismilan dulu. Terutama 1st day berpuasa. Beruntung sangat gegirl Manap Clan ni. Semua dapat suami yang tak kisah untuk sambut di Nismilan dulu. Maybe diorang pon syiok dengan ke-havoc-an Manap Clan. Tak pernah tak riuh.

Untuk pengalaman berpuasa tahun ni, family kecik aku, Johari Clan, sempena nama ayah aku, akan merasa sangat2 perbezaan. Mak aku, buat pertama kalinya takda kat Malaysia untuk berpuasa sama2. Tahun ni mak aku lepas rindu kat anak manja dia yang dah hampir 5 tahun menetap di Tanah Haram, Mekah. Mama ke sana selama 2 bulan lebih sampai 14 June, itu pon kalau dia tak extend lah.

Berhuhu lah kami 3 adik beradik dan ayah aku di sini. 1st time mak takda weii nk puasa dan raya sekali 😭 Jadi aku dan adik perempuan aku, Aliaa, akan jadi chef lah untuk puasa dan raya tahun ni. Hehe.

Kasih dan Rindu Yang Teramat

Esok dah puasa. Mulalah teringat balik kenangan masa dulu. Masa arwah uwan dan atuk aku masih ada lagi. Menangis aku pagi2 subuh ni tengok gambar diorang. Anak lelaki aku, Aqasha terjaga. Dia tanya “Ibu kenapa?”. Aku bagitau Aqasha”Ibu rindu onyang.”. Anak aku dah tak berapa ingat onyang dia. Sebab Aqasha masih baby lagi. Dia tanya “Nama onyang ibu siapa?” “Dia dah masuk Jannah kan”. Meleleh lagi air mata aku. Yang paling ingat arwah is kakak dia, Ayra.

Arwah uwan aku pergi meninggalkan kami 20 December 2015. Sebelum tu arwah atuk pergi dulu, tahun yang sama 21 January 2015.

Rinduuuuuuu😭

Arwah berdua memang menjadi role model kami semua. Setiap kali cuti sekolah dulu, kami semua spend kat kampung. Terlalu banyak kenangan kat kampung. Bab relationship pon kami banyak belajar dari uwan atuk. Diorang ni sampai ke akhir hayat terlalu sweet antara satu sama lain. Aku salute cara uwan aku lemah lembut dengan arwah atuk walaupon arwah atuk garang. Garang hanya dengan anak2 dia je kot. Dengan cucu2 of coz tak. Hehe.

Hari Mantai

Kebiasaannya hari ini, sehari sebelum puasa, kami ramai2 dah berkumpul kat kampong untuk sambut Hari Mantai. Yang parents tidur dalam bilik. Cucu cicit berteraburlah tidur kat hall. Allah rindunyaa. Tak pernah dengar pasal hari mantai?

Pagi2 subuh lagi kitorang dari dalam rumah dah boleh dengar orang luar pagar jerit “Mantai! Mantai!”. Macam biasalah kat kampong semua akan berebut bilik air dulu. Yang mana boleh mandi ramai2, masuk mandi ramai2. Sapa yang lambat, jawabnya ko mandilah kt perigi tepi rumah. Sejuk teroxx. Tak sanggup aku. Aku pernah merasa dua ke tiga kali je mandi situ masa kecik2.

Geng mandi zaman jahiliah

Yang mak2 dah keluar ke pasar. Pasar pon depan rumah je. Berderet dari traffic light sampai ke hujung kampung. Mak2 keluar pegi beli daging, tulang lembu, temusu, perut, otak..macam2 lah.

Malam sebelum tu mak2 dan arwah uwan dah bincang2 nak masak apa esoknya untuk buka puasa nanti. Lauk wajib yang ada mestilah daun tempoyak. Nak buat tempoyak ni bukan senang. Kena beli 7 jenis daun kayu. Yang cucu2 tolong hiris nipis2. Aku bernasib baik mak aku pandai masak semua ni. Jadi aku masih dapat merasa lauk2 yang uwan masak dulu sampai sekarang.

Rendang ayam, rendang daging semua siap. Biasalah rendang orang nismilan ni guna cili api. Jadinya kebanyakan lauk berwarna kuning. Sambal tumis pon jadi lauk wajib sekali dengan pulut kuning. Macam nak raya kan? Tapi begitulah kami. Nasi 2 periuk godang disiapkan.

Masa mak2 ke pasar, kami yang anak2 cucu2 ni ditugaskan untuk kemaskan rumah. Yang jadi mandor kami is makcik aku. Dia ni sangat tangkas mengemas. Terer gile bahagi tugas. Dah nama pon orang nismilan. Tak payah guna microfon. Jerit je, bergegas kami buat keje. Lipat tempat tidur, bukak tingkap atas, mandi cepat2. Ini semua 1st thing in the morning.

Tiap kali nak puasa dan nak raya, arwah atuk juga dah siap panggilkan orang pasang khemah. Jadi malam sebelum mantai, kami akan lepak bawah khemah. Bersembang macam takde hari esok dah. Kadang2 kami berpoco2 atau karaoke kat bawah khemah tu. Paling best masing2 bukak cerita hantu. Moghaban ramai2.

Pagi mantai tu juga arwah uwan dan mak2 akan ke kubur dekat dengan rumah. Kubur arwah onyang (read: moyang) aku lah. Kadang kami yang cucu2 ni pon ikot sekali. Bersihkan kubur sama2.

Masa hari mantai ni lah ramai kawan2 mak dan makcik2 aku datang ke rumah. Iya lah. Time ni je lah diorang dapat berjumpa catching up kan. Dah siap masak semua, of coz time yang paling ditunggu2. Semua akan duduk makan sekali.

Saprah dibentang di hall untuk kami semua duduk sekali makan sama2. Ibu bapa saprah lain, cucu2 saprah lain. Lauk2 semua akan diletakkan atas meja untuk cucu2 ambik dan makan atas saprah. Lauk untuk ibu bapa pulak atas saprah diorang. Special la, untuk orang tua kan. Hehe. Kami semua duduk bersila dalam bulatan besar. Sambil makan, sambil puji lauk yang kami makan. Tak pernah tak sedap. Ayam sambal merah menu wajib untuk cucu2 lelaki. Semua lauk podeh bodosing!

Dah abis makan, mak2 akan berehat time ni giliran cucu2 pulak take over untuk mengemas pinggang mangkuk. Semua dah dibahagikan tugas. Ada yang kena angkat lauk bawak ke dapur, ada yang cuci pinggan, simpan lauk dan macam2 lagilah. Dah tiba waktu malam, yang mana akan ke masjid untuk Tarawikh akan keluar bersama2.

Malam puasa jugak akan kedengaran bunyi mercun. Kampong ke kampong dok melawan bunyi mercun meriam sapa paling kuat. Kalau kami dah kehabisan mercun, kami akan jadi juri tentukan bunyi meriam sapa paling kuat. Haha.

Untuk sahur pon lauk sama akan dihidangkan. Mungkin juga ada pertambahan lauk sebab mak2 kami rajin masak.

Mantai Tanpa Arwah

Mantai zaman sekarang dah tak sama dengan dulu. Sejak ketiadaan arwah 4 tahun yang lalu, kami dah tak merasa mantai. Hanya mak2 balik untuk jenguk kubur arwah dan singgah tengok kampong yang sekarang dah disewakan kepada kenalan keluarga.

Kami semua dah sepakat, kampong akan dimeriahkan semula, dihidupkan semula. Berkumpul sebulan sekali di kampong akan diwajibkan semula. Kami rindu dengan kenangan di kampong. Sambil petik rambutan di belakang dan depan rumah.

Demi mengekalkan kenangan nostalgik ini untuk anak2 dan cucu2 aku pulak, adat2 nismilan yang aku lalui akan kami pelihara kembali.

Untungnya kami yang hidup dalam adat nismilan, untungnya kami ada hari Mantai sebelum menyambut puasa.

Aku rindu suasana kampong. Al-Fatihah untuk 2 kepala keluarga yang telah mendidik kami jadi orang berguna. Terima kasih uwan atuk untuk segala kenangan yang takkan dapat aku lupakan.

Till next entry.

Hugs & kisses 😘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge