Travel

Home Sick

Assalamualaikum and hello gaiss

Alhamdulillah dah selamat sampai ke home sweet home. Kalini terasa betul homesick. Dalam banyak2 kali pergi travel, this is the most vacation yang aku terasa sangat lama dan homesick ketara. Bukan aku je rasa, geng2 lain pon sama jugak.

First time aku merasa transit yang lama duduk kat airport. Sampai 2 hari. Ke airport 2hb May. Tapi kami sampai Malaysia 4hb May. Hehe. InshaAllah jet lag pon tak rasa kot ni. Dah kalau time menunggu transit tu asik tidur je kan.

Dah transit lama, flight pulak delay. Sepatutnya flight 8.30am di Jeddah. Delay ke pukul 12.30pm waktu Jeddah. Dah masuk dalam flight Saudia, diorang ambik masa dalam sejam untuk take-off. Tak sure ada isu apa. Nasib baik tak berapa ramai manusia dalam flight kalini. Jadi ramai yang ambik seat sorang sebaris, so boleh tido.

Aku dah tak selesa dah nak tido baring2 camtu. Badan dah gatal2. 2 hari uii transit tak mandi. Ini juga merupakan pertama kali aku dok mengira jam. Kejap2 aku roger yat yang duduk sebelah aku, aku tunjuk dia monitor tv sambil countdown berapa jam lagi nak landing. The hustle is real kata orang kampung. Kalini terasa betul lama duduk dalam flight. 😜😂🤣Hahaha😜😂🤣 padan muka. Sapa suruh countdown kan.

Once landing, kawan kami dah siap2 tunggu kat arrival pintu 7. Tak ramai orang. Ye lah kami sampai pon tadi pukul 3pagi. Everything went smoothly sampailah ke rumah.

Perasaan bukak pintu rumah, Ya Allahhh happynyaaaa. Nampak pulak anak2 tertido tunggu kat hall rumah sebab ingatkan kami sampai awal. Terus kejutkan diorang, anak2 syurga ni. Happy tak terkata. Suami dah kelaparan. Terus godek fridge and reheat lauk.

Antara sebab lain yang buatkan homesick lebih ketara juga disebabkan oleh ketiadaan sambal. Huwaaa 😭. Lupa nak bawak sambal sedap. Biasa pergi trip memang ade je bawak. Milo instant pon tak bawak. Aduii.

Happy to be back. Ready untuk pulun kerja pulak. Done Recharge. Alhamdulillah ♥️·♡ Τнäиκ чöü ♥️·♡ Allah.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge