Begitulah Kehidupan

Hutang itu Hikmah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه dan Salam Sejahtera

Bersempena dengan musim kejar mengejar LHDN vs para pekerja dan peniaga, kalini aku terpanggil nak share berkaitan hutang.

Aku kerap dengar cerita pasal orang yang banyak hutang dan akhirnya memilih jalan penyelesaian dengan meminjam dengan ah long. Ada sekali ni aku melepak dengan kawan rapat aku zaman universiti dulu. Lama tak dengar khabar. Terjumpa dia di kedai mamak. Nampak serabut, tak macam dulu. Sembang punya sembang, sampai dia bercerita hal tekanan hidup dia.

Tekanan kewangan yang dihadapi membuatkan dia rasa nak bunuh diri. Sampaikan dia kecewa dengan hidupnya sekarang. Seingat aku waktu belajar dulu, dia ni merupakan seorang pelajar yang pandai. Pandai sedikit dari aku. Dia merupakan lulusan grad UiTM dalam jurusan kejuruteraan.

Aku cuba dapatkan cerita detail dari dia, sambil tenangkan dia yang nampak semakin resah dan kadang-kadang bergenang air mata. Dia sekarang duduk di rumah flat Cheras. Hidup bersama isteri dan 4 anak. Masalah kewangan yang dihadapi jadi lebih teruk apabila dia diberhentikan kerja kerana prestasi kerja yang semakin menurun.

Rupanya prestasi kerja yang teruk tu disebabkan oleh ah long kutip hutang dah cari merata. Cari sampai ke rumah mak. Rumah dia pun pernah disimbah cat merah. Mak dan isteri pernah diterjah di pasar gara-gara hutang yang dibuat untuk bisnes, yang sekarangnya dah melingkup.

Aku bagitahu dia, aku pun pernah berada dalam masalah kewangan sebelum ini. Tak apa jika kita ada hutang keliling pinggang. Jadikan itu pengajaran atas kesilapan lampau. Nak tak nak mesti hadap. Yang paling penting, apa usaha yang kita dah buat untuk selesaikan masalah. Setiap cabaran yang datang mesti didatangkan dengan hikmah, untuk kita lebih dekatkan diri dengan Dia.

Jalan Keluar

Aku cuba tenangkan dia. Aku ingatkan dia, sekurang-kurangnya, dia masih lagi ada tempat berteduh, makan minum masih cukup dan masih lagi ada keluarga yang setia di sisi, walaupun terlalu banyak masalah hutang. Jadi aku cadangkan jalan penyelesaian yang aku sendiri dah buat semasa aku masih terperangkap dalam masalah kewangan.

✅ Aku minta kawan aku ni senaraikan hutang yang dah dibuat, tak kisah hutang dengan manusia atau dengan bank. Memang panjang senarai dia.

✅ Untuk masalah hutang dengan ah long, aku minta dia ke Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk dapatkan nasihat dan rujukan pakar. 

✅ Bagi hutang-hutang dengan kawan dan saudara mara, aku minta dia call dan jelaskan serta dulukan dengan minta maaf.

✅ Aku juga bagitau yang dia kena bagi setiap seorang tu tarikh yang dia akan selesaikan pembayaran hutang.

✅ Aku nasihatkan dia, dalam keadaan sekarang ni, dia kena cari pendapatan sampingan seperti apa yang aku buat dulu, yang kini dah jadi periuk nasi aku hampir 5 tahun.

Aku akan bantu dan guide semampu aku untuk pastikan hutang dia semakin susut dan dapat kembalikan kehidupan bahagia dulu. Aku pernah berada dalam keadaan sama dan telah bertemu jalan keluar.

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge