Begitulah Kehidupan,  Inspirasi

IBRAH MENJAMU TETAMU

Assalamualaikum and hello gaisss

Daripada kecik aku dah dibesarkan dengan adanya ramai tetamu kat rumah. Rumah aku jarang sangat lengang. Mak aku sangat rajin menjamu tetamu. In fact adik beradik mak aku semua rajin jamu tetamu.

Ini makcik aku. Pakar giler buat asam pedas.

Kiranya tak perlu announce open house dah. Hari2 mak aku akan masak super banyak. Cukup untuk 5-10 orang makan. Sebab orang keliling dah tau, pergi rumah kak ngah ita, mesti dapat makan.

Lauknya pulak memang ikhlas dari hati. Sedap giler. Mak aku darah nogori. Wajiblah pedas. Ada satu masa mak aku seloroh sebut, “Mama suka orang datang rumah. Elok kita jamu orang makan. InshaAallah murah rezeki. Mama suka tengok orang makan berselera sampai licin pinggan”.

Introducing my syurga; Mama Papa 😁

Mak aku dah tanam rasa tu dari kami adik beradik kecik lagi. Sampai kami dah terbiasa ramai orang kat rumah. Kalau takde orang, rasa murung. Jadi bila dah ada rumah sendiri yang selesa, aku memang tanam niat nak buat benda yang sama. Nak rumah tu jadi rumah berkat. 

So far rasa penat belum ada lagi. Mainly sebab aku ada maid. Dia potong2, aku masak. Ada 1 time bibik takda 3 bulan. Rajin betul aku ajak bestfren aku 2 ketul tu main masak2.

Letih? Tak rasa langsung. If ada rasa or terbayang rasa letih orang datang ke rumah? Baca kisah ini. Semoga mendapat ibrah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pergi seorang perempuan mengadu kepada Rasulullah SAW tentang perihal suaminya yang suka menjemput tetamu ke rumah. Si isteri sangat penat menghidangkan makanan dan melayan tetamu. 

Perempuan tadi pulang ke rumah tanpa sebarang jawapan daripada Rasulullah SAW. 

Tidak berapa lama kemudian Rasulullah SAW memberitahu kepada suami perempuan tadi bahawa dia akan ziarah ke rumahnya. 

Lalu suami tadi pun memberitahu kepada isterinya bahawa pada hari ini kita ada tetamu istimewa yang akan datang. Isterinya bertanya. Siapakah tetamu itu? 

Maka dijawab olehnya bahawa tetamu itu adalah Rasulullah Sallallah ‘Alaihi Wasallam. Isteri tadi sangat gembira mendengar berita tersebut. Lalu dia pun menyediakan makanan yang lazat dan sedap2 utk Rasulullah SAW.

Ketika Rasulullah SAW hendak pulang. Baginda memberitahu kpd suami tadi supaya memberitahu kepada isterinya, “Lihat dipintu ketika aku ingin keluar”.

Isterinya pun melihat ke pintu semasa Rasulullah SAW keluar. Dilihatnya binatang2 seperti lipan, kala jengking dan segala yang memudaratkan ikut keluar bersama Rasulullah SAW. Beliau sgt terkejut lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya “Demikianlah yang berlaku setiap kali tetamu menziarahi rumah seseorg.

Apabila pulang tetamu itu akan keluarkan dari rumah kita segala bentuk bala, kemudaratan, binatang2 yg menyakitkan dan penyakit dari rumah kita. 

Rumah yang sentiasa diziarahi tetamu ialah rumah yang disukai oleh Allah taala. Turunnya rahmat dan barakah dari langit.”

Begitulah. Terinspirasi? Mari kita bersama amalkan. Duit yang kita keluarkan untuk ibadah dan sedekah, takkan membuatkan kita miskin.

Sorry tau kalau aku spam gambar2 makanan nogori. Hehe. Okay gaiss. Till next entry.

Hugs & kisses 😘

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge