Family

Kepentingan Ukhwah Kekeluargaan

Assalamualaikum and hello gaiss

Rindu teroxx kat mama papa. Mama sekarang ada kt Mekah, papa ade kt Ecohill Semenyih je pon. Tapi sebab aku dah biasa duduk dengan diorang, hati sekarang ni rasa sedih je. Bila teringat family, menangis. Meleleh air mata.

Lepas kahwin pon aku masih lagi stay dengan mak ayah aku. Ayah aku pujuk suruh duduk sekali. Being anak pertama, of coz la aku anak manja ayah aku. Eh! Tapi betul la. Kihkih. Lately 2 ke 3 hari ni, aku banyak menangis sebab teringatkan mama papa, adik2, sedara mara cousin2 aku. Teringat balik memori2 lama.

Aku memang rapat dengan family aku, dan maksud aku extended family aku sampai la ke cousin2, 2nd cousin semualah. Family aku didik macam tu. Dari kecik rapat sangat. Part of the reason yang aku emosi sangat teringat sana sini ni is sebab PMS aku jugak sebenarnya ni. Kalini PMS aku datang bawak rasa SEDIH. Memang seddeeyyhhh lah kau sambil kau demam-batuk-kroh-kroh-selseme-meleleh-rasa-nk-korek-tekak.

Thanks to arwah atuk dan uwan waghih Nismilan (side mama) dan nenek atuk Minang aku (side papa), both sangat menerapkan ikatan kekeluargaan yang sangat rapat. Air dicincang takkan putus. Aku sangat2 setuju dengan peribahasa ni. Bergaduh lah macam mana pon, esok lusa elok la tu.

Kepentingan Ukhwah Kekeluargaan

Institusi kekeluargaan yang mantap sangat2 perlu dalam setiap keluarga. Dalam keluarga aku sendiri, kami boleh rasa yang ikatan akrab kami membuatkan kami sedikit ‘LAIN’ daripada keluarga lain.

Antaranya adalah disiplin. Disebabkan kami dibesarkan dalam keadaan disiplin yang manthop (atuk aku; sorang askar sorang polis..ko ghaser?!), banyak mendidik kami untuk kami jadi seperti sekarang. Takda seorang pon dalam family kami yang berani nak naik suara tenking2 orang yang lebih dewasa. Kerana yang lebih dewasa lebih garang dari kami. 😜😂🤣Hahaha😜😂🤣!

Rasa tanggungjawab antara sesama keluarga pon sangat tinggi. And i’m not talking about family yang hanya ada mak ayah dan adik2 kau. Aku maksudkan keluarga besar. Tok nenek cicit cucut sendut semualah. Apa2 jadi kami akan bersatu hati uruskan perkara sampai selesai. Bergaduh? Mesyuarat besar2an akan berlaku untuk selesaikan sampai selesai. No one terlepas. Giteww. Kami yang cucu cicit ni duduk pasang telinga kat rumah atas. Sekali sekali orang bawah terdengan bunyik tapak kaki kitorg, ko akan dengar orang jerit “jangan dengar orang tua bersembang!!!”

Hubungan kami antara anak2 dan ibubapa sangat rapat. Antara makcik2 juga sangat rapat. Sampaikan boleh bercerita segala hal. Takda rahsia. Diorang ni lah kawan untuk ajak bersembang. Bila kami rapat sesama kami, aku perasan dalam family aku takda yang ada perangai pelik2, nak jadi remaja memberontak ke nak jauh dari family sebab family ko bosan ke. Sebab apa ko perlukan, ko dapat. Sepenuh perhatian diberikan bila ukhwah keluara tu wujud. Nak pergi melepak? Of coz melepak dengan sanak saudara. Cool wei. Try lah.

Antara didikan yang aku rasa paling savage sekali dalam family aku ni, mak2 siap bawak kami yang perempuan ni pergi clubbing hokkay. Bukan clubbing biasher2. Ini yg kategori up punya, lokasi kat Penang. Aku ingat lagi, time tu umur aku dalam 15 tahun kot. Seriuss aaa kan. Yes serius. Shisha pon sama. Aku rasa masa aku dengan family. Disebabkan aku dah merasa ni semua, aku tak buat kat luar dengan orang lain. End up, aku tak minat clubbing dan shisha ni. Sebab dah rasa. Sempoi kan. Camtu sekali diorang nak bagi rasa depan diorang.

Cara Untuk Mengeratkan Silaturrahim

Antara aktiviti2 yang Manap Clan (Keluarga besar atuk aku) selalu buat untuk memastikan kami masih utuh bersama:

1. Gelaran dalam keluarga

Setiap keluarga ada gelaran masing2 kan. But i’m not referring to Maklong Makngah Makcik Maksu, aku maksudkan nickname. Ini buatkan kami lebih rapat. Aku ada sorang cousin yang berumur 25 tahun. Walaupon umur aku lagi tinggi dari dia, tapi kami semua panggil die dengan nama Kak E. Ade macam2 nickname dalam family kitorang. Adik aku khumaini, adalah yang paling bongsu dalam Manap Clan, tapi semua dok panggil dia Uncle Su, sebab anak2 buah panggil dia gitu.

2. Family day’s out

Antara aktiviti kami yang wajib buat adalah Karaoke! Ntahlah, session karaoke paling best dan paling havoc adalah bila bersama dengan Manap Clan. Selain tu, macam orang lain juga kami dok tengok wayang. Kalau bab makan, buat masa ni nama kedai yang rajin lepak di bibir kami adalah kedai Kyochon..sedap uiii.

3. Kenduri kendara

Ini keluarga aku memang rajin buat. Ingat tak entri aku pasal bagi makan kt tetamu https://www.joziera.com/ibrah-menjamu-tetamu/. Boleh kata every festival mesti ada makan2 especially time cuti sekolah. Kalau dah berkumpul, tak payah ajak orang lain. Kami saja pon dah macam kenduri sekampung. Riuh rendah. Dah nama pon orang Nismilan, mana reti nak cakap pelan2. Dok depan muka pon macam cakap kt luar pagar.

4. Family Day

Family day ni kami jalankan setahun sekali. T-shirt khas akan dibuat. Masa ni masing2 ada tugas masing2. Siapa AJK2 dan itinerary semua siaplah. Of coz akan ade meeting untuk pastikan family day ni berjalan lancar.

5. Berkumpul setiap bulan

Nak ikotkan kami ni berkumpul setiap minggu. Kononnya macam balik kampong la. Kampong kan kat Semenyih je. Mampoo ko nak cari alasan tak balik. Aku yang memang semedang homesick ni haruslah balik selalu. Kadang2 kalau takde kenduri kendara pon, kami dok pegi je ziarah rumah makcik2 kami. Takda mama papa pon kami elok je pegi ziarah nenek sedara.

6. Whatsapp group

Paling lejen dalam whatsapp group ni is mama aku. Without fail, mama akan text salam subuh dan selamat malam. Yes, without fail gaiss! Dalam group ni jugak la kami dok bertanya kabar, plan apa saja semua dalam ni. Kalau ade yang bergaduh tu, senyap la diorang kejap dalam group. Esok ade balik. Hahah biasa dah semua tu. Air cincang takkan putus kan. Whatsapp group ni penting. Di kala semua makin bertambah umur, mulalah perasaan sunyi tu hadir. Sebelum dapat jumpa, kita halo halo dulu dalam grouop whatsapp.

7. Bercuti setahun sekali

Tahun ni inshaAllah kami akan ke Korea. Korea ni sememangnya destinasi pilihan Manap Clan dari dulu. Untuk tahun ni temanya adalah, Girls Trip to Korea. Giteww..jate tak dibenarkan. Hahhaha. Bila dah bercuti sekali, confirmla makin rapat kan. Bukan bercuti sehari dua. Seminggu lebih terus. Lagipon masing2 dah selesa dengan perangai masing2.

Type punya type panjang jugek aku menaip malam ni. Sedih2 dok ingat mamapapa pon laju je jari aku menaip. Meluah perasaaan cara blog ni syiok jugek kan. Okay gaiss, till next entry.

Hugs & kisses 😘


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge