Begitulah Kehidupan

Buang Ketagih Facebook

CARA AKU

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه dan selamat sejahtera gais. Tahap kerajinan aku harini buatkan aku nak sembang ketagihan aku dulu, once upon a time.

Tangan di Gari

Bayangkan..

Kemana je kau pergi, tangan kau digari. Kau rasa rimas, tapi kau terpaksa hadap. Sebab kau digari..tanpa sedar.

Well, itulah perasaan aku bertahun sepanjang aku bergaul mesra dengan Facebook. Aku mula berkenalan dengan Facebook tahun 2006. Masa tu peralihan zaman Friendster ke Facebook.

Semuanya bermula dengan Friendster. Tiap kali ke bilik IT waktu malam, 1st web yg aku bukak time tu of coz la Friendster. Time tu pulak aku ada PJJ dengan dak (read: budak) KUKUM. Tau ke maksud PJJ? Perhubungan Jarak Jauh katanya..😜😂🤣hahaha😜😂🤣

Frenster ke fb
Love Hate Relationship aku dengan natang ni

So fast forward punya story, aku sambung pulak relationship social media aku dengan Facebook. Tapi kalini dengan #lelakikirimantuhan yang lain. Amboiii..giteww. Masalahnya sekarang aku bukan nak cerita pasal relationship aku. Aku nak cerita yang aku ni seorang penagih. Eiii..suka nak buat ayat kontroversi kan. Lantak la, nama pon blog goji😜

Aku rasa tahap ketagihan aku ni macam sama je dengan orang lain. Takda la sampai laki, anak-anak aku terbiar. Tahap ketagihan aku ni, tahap yang merimaskan aku, aku tak dapat control. Konon macam boleh control. Tanpa sedar, tak boleh rupanya.

Bila-bila masa terluang aku, tangan aku ni automatik akan bukak apps Facebook. Watdehel is this! Serius aku semak, tapi jari aku continue scroll. Ketagih kan? Sebab buat benda tanpa sedar.

Insaf

Umrah
Aku rasa macam Fazura masa ni 😜

Aku bersyukur aku dipanjangkan rezeki untuk ke tanah suci bersama dengan suami aku. Ni la #lelakikirimantuhan yang ajar aku Facebook time dulu-dulu tu. Masa umrah kali pertama aku ni, banyak sangat benda yang aku fikirkan. Umrah pertama aku pada bulan November 2017.

Antara topik yang aku dok berdiskusi dengan diri sendiri adalah topik Facebook ni. Aku serba salah sebenarnya. FB ni adalah tempat aku cari makan. Sejak 5 tahun aku bekerja di Coway, inilah platform aku dapat rezeki. Hasil-hasil posting aku di FB jugak yang bawak aku ke tanah suci ni.

Panjang aku pikir. Nak kawen dulu pon aku tak rasa aku pikir panjang camni. Adei..sungguh-sungguh punya fikir. Aku jumpa jalan penyelesaian untuk diri aku. InshaAllah seseuai dengan cara hidup aku. Aku listkan antaranya.

1. Deactivate Facebook

Deactivate fb

Setelah aku pikir panjang dan setelah aku sedar sesedar-sedarnya bahawa rezeki itu terletak di tangan Allah (jahilnya aku), aku deactivate akaun FB aku. Balik dari umrah, aku google cara deactivate akaun dan aku terus buat. Dalam 2 bulan jugak aku diamkan diri di FB.

Bila akaun FB kita di deactivate kan, kawan-kawan tak dapat tag kita. Masa ni aku melilau nak menjawab bila ada yang tanya kenapa tak dapat tag aku di FB. Aku segan sebenarnya. Banyak mainan perasaan berlaku time ni.

Freedom yahoo

Allah. Dalam masa 2 bulan ni, Allah je tau perasaan freedom yang aku rasa. Aku free daripada jari-jari dok menscroll FB, aku free daripada membaca bermacam-macam “loud status” yang tiada menjaga hati dan yang paling penting aku dapat jauhkan diri daripada timbul perasaan riak. Aku tak gemar rasa-rasa tu. Aku takut rasa-rasa yang tak sepatutnya timbul. Nauzubillah.

Ini aku attached cara nak deactivate FB bagi siapa yang menghadapi situasi macam aku dulu.

Deactivate fb setting
Agak blur step ni tapi boleh nampak kan?

2. Uninstall Apps Facebook

Once aku decide untuk buang ketagihan aku, aku terus uninstall FB aku kat iphone dan ipad aku. On the spot, zasssss aku delete.

Mudah je caranya. Just tekan je apps tu lama-lama sampai icon tu keluar ‘x’ sambil die tergedik-gedik menggigil. Lepas tu, just click je ‘x’ tu dan click ‘Delete’. Setel 1 perkara.

Delet fb

3. Sorok Apps Facebook

Lepas 2 bulan aku freedom kan diri aku dari FB, aku install balik. Masa nak install ni, serius aku berdebar. Aku takut aku ketagih balik. Syukur alhamdulillah, hasil 2 bulan aku tak nampak FB, yess!! Aku berjaya!! Aku hampir lupa aku ada FB.

Ada time aku hanya buka FB bila kawan-kawan aku bagitau yang diorang ada tag aku. Waktu ni, aku masih elakkan diri dari scroll FB.

Apps yang aku dah download balik ni, aku letak dalam folder yang aku rename as ‘Social Media’ dan aku letak jauh di belakang. Aku tak letak kat depan main page fon aku.

4. Limitkan Masa Scroll Timeline

Bila aku ada masa untuk scroll, aku hanya limitkan 5 minit ke 10 minit sahaja. Masa yang aku allocate ni, aku guna untuk approve friend request, approve tag dan respon pada page kawan-kawan aku.

Dan aku agak jarang post status di FB. Selain disebabkan aku dah kurang rasa nk berFB, aku juga dah beralih arah ke Instagram. Aku lebih selesa dengan Ig sbb tak makan masa aku langsung. Hanya nampak gambar je kan. Nak post pon aku hanya post gambar tanpa any caption pun. Ya Allah indahnya dunia. Hahaa!

Kadang-kadang aku just share je post dari IG ke FB aku. Newsfeed di FB aku masih aktif. Terima kasih pada kawan-kawan kesayangan yang sudi tag aku

5. Set ‘See First’ pada Spesifik Page

Banyak jugak benefit aku dapat dengan ‘See First’ ni. Ada few page yang aku dah set, most of it is page-page motivasi dan islamik. So bila tiba time aku buka FB, aku akan nampak page-page ilmiah ni dulu. Sangat-sangat membantu aku supaya aku tak scroll lebih-lebih kat FB.

Alhamdulillah

Lepas aku praktikkan semua ni, aku boleh kata aku clean dari FB. Bila aku ada masa terluang pun, aku tak bersegera buka FB macam dulu-dulu.

Bila aku makin faham, hidup ni tak panjang. Terlalu pendek. Lebih baik aku gunakan untuk perkara lebih berfaedah.

Allah sayang aku even aku belum jadi hamba yang baik. Dia datangkan rasa menyesal dan kesedaran awal kat aku untuk fokus pada benda lebih berfaedah dari FB ni.

Aku harap entri aku kalini ada membawa manfaat pada kawan-kawan yang lain. I see you in the next entry.

Hugs & kisses 😘

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge