Umum

Pengalaman Berniaga Di Bazaar Ramadhan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه and hai gaiss

Bulan puasa merupakan bulan wajib ramai umat manusia selain menunaikan ibadat, mereka juga berniaga sebagai income tambahan menjelang raya nanti. Kawasan rumah aku pon sama. Ada 1 port tu hanya ada ramai orang ketika bulan Ramadhan sahaja. Ramai orang menjual makanan dan minumam seawal pukul 3petang.

Singgah jap beli air hijau ikut tekak anak aku. Teringat pengalaman aku berniaga airmasa bulan Ramadhan. Masa tu aku masih lagi menuntut di UiTM Shah Alam dalam Degree Ukur Bahan. Berumur 20 tahun time tu, abang kacakku yang sekarang dah bergelar suami kacakku ajak jual akir kat bazaar. Dia memang suka berniaga.

Minat Berniaga

Aku yang tak tau apa nak expect time tu, onz sajalah. Din laki aku, pon mulalah menjalankan kerja2 untuk dapatkan tapak. Berpeluh ketiak jugek ya nk dapatkan tapak ni. Kena beli tapak sebelum masuk bulan Ramadhan lagi. Din dapat beli 3 tapak kt Majlis Perbandaran Shah Alam. Being kaki berniaga, kami hanya ambil 1 tapak dan 2 tapak lagi dijual dengan harga RM500 each. Kos kami adalah dalam RM300 untuk dapatkan tapak tu. RM300 ni merangkumi semua lah termasuk kos dapatkan suntikan imunisasi sebagai peniaga bazaar.

Barang2 meniaga seperti tong air besar tu kami pinjam dari member adik aku yang buat servis katering. Bulan puasa dia cuti berniaga. Maka kami bayar kos sewa barang je. Untuk kordial air dan gula, kami beli in bulk kat MYDIN. Air yang kami decide untuk jual adalah air kelapa, air soya, air sirap selasih, air oren dan air sarsaparilla. Kami berjaya dapatkan supply kelapa dan soya untuk sebulan.

Tepi belah kiri tu port kami berniaga air

Terpaksa kami buang pilihan air kelapa pada minggu kedua puasa. Terlalu renyah. Silap2 dapat kelapa yang busuk. Jadi kami jual 4 jenis air sahaja. Din hire sorang lagi kawan aku, Isey untuk bantu kami berniaga. Kami berniaga di tepi Mamak Hakim lama Seksyen 7. So kitorg ber3 berniaga sama2. Lokasi ni dekat je dengan rumah sewa kami di Jalan Paladium. Rumah sewa kami pon bersebelahan je.

Paling susah sebenarnya part nak dapatkan air kosong. Jadi setiap hari aku dan Isey pegi beli air di mesin air RO kt kedai seksyen 7. Air tu kami gunakan untuk buat air. Din pulak setup bazar. Nasib baik kami ada sorang kawan yang baik gile dok bagi kami pinjam kereta wira dia untuk kami berniaga.

Partner Tarik Diri

Semuanya berjalan lancar sehinggalah Din dipanggil bosnya untuk bekerja di Sabah. Sabah ya tuan puan. Bukan Sabak Bernam. Dah la Din kerja sana bukan seminggu dua. Dekat setahun jugak dia kerja dalam hutan Sabah tu. Yang magiknya aku tak tau kenapa aku masih teruskan biz air ni. Gigih betul setiap hari ulang dok buat kerja sama.

Berdua lah aku dengan Isey buat keje. Time ni plak aku belum ada lesen kereta. Memang bergantung harap pada Isey untuk drive. Budak ni jenis tak berapa reti bawak kereta kot. Berapa kali jugak kereta ni calar sebab nak naik bukit tak lepas, tak tarik handbreak masa stop kereta. Hahhah..sadis kan.

Joe Soya

Untuk hari2 yang aku tak dapat nak berniaga, aku akan sedekah air soya original yang datang rumah setiap hari kepada sesiapa yang bertuah. Ada 1 hari tu aku jual pada lecturer aku, En.Nazir. Beliau yang jaga surau dekat dengan rumah sewa kitorang ni.

Kubah hijau tu lah suraunya.

Esoknya aku tak masuk kelas. Lupa dah aku kenapa. Demam kot. Lusa masa aku masuk kelas, kecoh budak2 kelas aku panggil aku Joe Soya. Ahh sudah! Ni mesti ade kaitan dengan soya yang aku bagi En.Nazir kelmarin. ‘Joe soya mana joe soya? Ada ke patut dia bagi soya takde gula kat saya!’ Adoiii!!! Hahahahaha!! Rupanya semalam jemaah surau berbuka air soya tawar!. Lupanyaaaa nak bagitau En.Nazir yang air tu tak bergula. Melekat nama tu kat aku sekejap.

Pengalaman berniaga kat bazaar ni memang aku akan ingat sampai bila2. Kadang bila teringat, aku macam tak boleh digest kenapa aku masih teruskan berniaga even time tu Din takda. Bila aku tanya dia sekarang, dia pon gelak je. Gigihnya aku! Hahaa. Teringat hal Joe Soya pon aku boleh tergelak sorang.

Aku seronok tengok anak muda zaman sekarang ni rajin berniaga. Muda2 dah pandai strategi marketing dan menjual. 9/10 rezeki kan daripada berniaga. Aku support habis geng2 berniaga ni.

Okay gaiss, till next entry.

Hugs & kisses 😘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge