Akhirat,  Family

Pengalaman Pertama Terawih Bersama Anak

Assalamualaikum and hello gaisss

Malam tadi 1st time aku dan suami bawa anak2 pergi terawih bersama kami.

Sebelum tu, malam sebelum sahur, kami ajak anak2 bersembang pasal topik puasa. Anak pertama aku, Ayra Sofea berumur 7 tahun dan yang kedua, Adli Aqasha berumur 5 tahun.

Kami sama2 test apa yang diorang tahu pasal puasa. Well jawapan biasa dari anak2 mostly tak boleh makan tak boleh minum, kakak tambah kena solat dan baca quran. Aku tanya soalan bonus kat Aqasha. Pukul berapa kena bangun pagi. Aqasha jawab “pukul 4”. Okay betul.

2nd soalan aku tanya Aqasha, “bangun pukul 4 pagi untuk apa?”. Aqasha jawab “saHIR”. Hehe. Comel anak aku. Banyak kali aku betulkan sampai kena suruh sebut SAHUR banyak kali, at last Aqasha boleh sebut dengan betul.

Kami bersiap pukul 8 malam untuk ke terawih. Anak2 nampak sangat happy bila kami cerita pasal terawih. Ayra tanya aku berapa rakaat solat terawih. Bila aku sebut 8 rakaat, terus jaw-drop anak dara aku sroang ni.

Kami decide untuk pergi terawih ke Masjid At-Taqwa TTDI. Sampai sana on time. Ayra ikot aku dan Aqasha ikot ayah dia. Disebabkan kami sampai waktu habis Isyak, kami dapat saf paling belakang. Aku ambik kesempatan untuk menyelit ke saf depan bila jemaah mula rapatkan saf. Dalam 5 row ke depan juga kami dapat selit. Alhamdulilah

Sempat temankan Ayra  berwuduk
Sempat temankan Ayra berwuduk

Alhamdulillah Ayra bertahan hingga ke rakaat ke-6. Rakaat ke-7 aku mintak dia duduk je sebab dia dah terlalu mengantuk. Cukup 8 rakaat kami habiskan, kami keluar dari saf. Ayra tanya aku “Kenapa ramai lagi orang solat?” Aku jawab, “Diorang solat sampai 20 rakaat”. Lagi sekali Ayra jaw-drop sambil seloroh cakap, “Kakak tak larat ibu”. Hehe.

Masuk je dalam kereta, suami aku cerita pasal Aqasha pulak. “Aqasha terer. Abis sampai 8 rakaat”. Time tu aku rasa wow sangat. Tapi expression Aqasha macam senyum cebik camtu. Rupanya ayah dia cerita rakaat ke-6 Aqasha sujud tak bangun2. Tidur rupanya anak aku! 🤣 Rakaat ke-8 baru dia bangun balik sambung sampai abis.

Pengalaman pertama aku bawak anak2 terawih akan aku ingat sampai bila2. Kejap je nanti masa berlalu. Kejap je diorang dah besar. Aku percaya didikan ibu bapa ketika umur anak2 masih kecik sangat penting. Minda anak2 time ni macam sponge. Pembelajaran pon laju. Doakan semoga aku dan suami dapat jadi ibubapa terbaik untuk anak2 aku.

Okay gaiss. Till next entry.

Hugs & kisses 😘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge