Bucket List,  Travel

Persediaan ‘Last Minute’ Untuk Pengembaraan ke Negara Unik

Assalamualaikum & hai gaisss

So the day has come untuk ke negara bucket list aku. Omaigod! Serius ah..

Cam biasa, aku takkan packing awal. Wajiblah packing lagi sejam dua nak travel. Hehe. Ini cara aku. Untuk pastikan aku tak tertinggal any barang, otak aku akan sampaikan signal untuk packing last minit..alaa macam belajar last minit untuk exam tu. Haha! Lebih cepat berfungsi. Aku dah listkan lah awal2 apa barang nak bawak sebenarnya.

Sebelum tu sempat aku tolong siapkan projek sekolah anak anje ibu. Touch-up sikit2 je. Dia nak present kat sekolah Selasa nanti. Siap buat rehearsal dulu. Bagus sekolah sekarang kan. Nak develop rasa confident kat anak kecik.

Projek sekolah budak darjah 2😁

Memecut ke KLIA

Planning awal, member aku akan ambik kitorg kat rumah pukul 3pm. Malang kan tak berbau, kereta breakdown la pulak. Tuptup member aku datang naik Socar. Seb baek walaupon 30 minit lambat dari target time.

Sebelum ke KLIA sempat kami ke TTDI untuk tukar duit. Lagi sekali, malang kan tak berbau. Kedai tukar duit yang murah tu tutup pulak hari Ahad. Okay takpe, kita tukar kat airport, kata diri sendiri yang sangat positif orangnya 🤪

Kalini kami tak bawak banyak duit (Read: Duit abis kat Paris). Rm6k nak bagi Kekyah, rm1500 je duit belanja. Kata trip bajet style kan.

Berkenalan Dengan Geng Baru

Geng travel kalini adalah Kak Azidah dan Kak Yati. Kuat diorang ni. Travel solo je takda anak2 dok teman. Jadi kami ber5 lah kalini. Kami akan jumpa kekyah kat airport Casablanca nanti.

Kak Azidah dan Kak Yati ni adalah kenalan kekyah. kami tak sempat berborak sakan lagi dengan akak2 ni. Confirm background diorang ni kaki bisnes. So far kawan2 travel yang kekyah bawak, semua is kaki bisnes.

Depart : Kuala Lumpur – Jeddah

Flight dari KL ke Jeddah ambik masa dalam 8 jam.

Kematu lah dalam flight tu. Naseb baek ade blog. Sempat la update few entry. Kihkih. 1st time aku tak berapa nak tidur sangat dalam flight. Kalau tak, kadang makan pon aku tak dapat. Menikmati waktu tidur yang kualiti. Kihkih.

Now kami dah sampai di Jeddah. Transit dalam 3 jam je sebelum kami berangkat ke Casablanca.

Airport Jeddah ni mainly untuk orang pergi umrah. So memang ramai.

Pukul 2.20 waktu Jeddah kami perlu masuk ke dalam dah. Now is 1.52. Doakan perjalanan kami selamat sampai ke Casablanca ya. Till next entry.

Hugs & kisses 😘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge