Akhirat

Rahsia Rezeki Allah

Assalamualaikum and hello gaisss

MashaAllah! Peraturan Allah itu tiada siapa yang tahu.

Pertemuan semula dengan Ustazah yang mengajar aku 21 tahun lepas, dalam Darjah 4 di SRK Taman Kosas, Ampang, sememangnya bemda yang tak pernah terlintas langsung dek akal. Dulu aku ahli kumpulan nasyid untuk wakil sekolah sampai ke daerah. Ustazah lah mentornya.

Pengalaman pertama aku menjejakkan kaki di sini tersangat priceless. Airmata jatuh tanpa sebab. Masa dalam bas dalam perjalanan ke Tanah Haram, Ustaz Rock bagitau “Tengok sebelah kiri. Itu Masjidil Haram”. Allah! Berderau darah aku. Ramai2 lafaz “Labbaikallah Hummalabbait, Labbaikala Syarikalakalabbait..”

Aku terdengar sorang demi sorang menangis. Aku memang dah lama banjir masa Ustaz Rock bagitau Clock Tower sebelah kiri tu. Aku tak sangka rezeki aku sampai awal dalam keadaan aku masih sihat.

Berbalik kepada cerita Ustazah aku tadi, kami bertemu semula di Masjid An-Nabawi, Madinah. Lebih manis lagi, rupanya Ustazah Supina merupakan petugas yang membawa jemaah kami ke Raudhah di dalam Masjid nan istimewa ini. Walaupun umur beliau dah mencapai Club 60, ustazah masih steady jalan laju paling hadapan.

Apatah lagi bila berpeluang untuk solat di Raudhah saf kumpulan depan berdekatan mimbar dan betul2 bersebelahan dengan makam Rasulullah dan sahabat baginda Saidina Abu Bakar & Saidina Umar. 

Masa solat, memang kami betul2 tawakal je. Apa nak jadi, jadi la. Kene pijak, kene henyak, lantakkan. Jemaah dari negara lain memang ganas yakmat. Berpusu2 semua nak kejarkan Raudhah, taman syurga dunia. Alhamdulillah, kami dah bersedia mental fizikal sebelum masuk utk solat, sebab ustazah dah brief detail masa kami di hotel lagi.

Pertama kali masuk ke Raudhah, kami bagai tentera. Pegang tangan kuat2 supaya tak terlepas. Takut hilang, sesat. Para jemaah dari negara lain sangat kuat dan besar2. Aku yang besar ni pon goyang.

Sempat aku bersembang dengan Ustazah hal masa aku sekolah rendah dulu. Aku nampak Ustazah masih ustazah yang sama. Muka ustazah tak dimamah usia. Masih tegap macam dulu.

Pasti takkan lupakan kenangan ni. Terlalu special. Dalam banyak2 tempat, kami dipertemukan di Tanah Haram. Aku sempat save fon nombor ustazah. Bila2 aku ade kemusykilan hal agama, aku whatsapp Ustazah. Terasa macam di zaman sekolah dulu.

Kawan2, doakan rezeki aku untuk tunaikan haji bersama suami dan ibubapa aku dipercepatkan ya. Dalam masa setahun dua ni aku usaha nak selesaikan rukun islam yang satu tu. Baru puas hati dan rasa lega kot.

Okay gaiss, till next entry.

Hugs & kisses 😘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge