Umum

Sakit Selepas Balik Travel

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه and hello gaiss

Aku betul2 tak larat nk menaip sebenarnya ni. Tapi sebab nak meluah perasaan, gigih type.

Harini Sabtu. Cukup 5 hari aku demam sejak balik dari Morocco. Start dari hari Selasa, aku dah tak mampu nak bangun. Biasanya kalau demam je, aku boleh abaikan macam takde apa. Kalini pakej sekali dengan selsema, sakit kepala, batuk..aku surrender.

Actually malam Isnin tu aku dah rasa panas. Esoknya aku ada SM Meeting pulak. Meeting terpenting bulanan yang ko memang takkan nak ponteng. Kalini tak berjaya. PA boss aku dah mintak MC slip, tak mampu nak pegi dan dan tu, aku pergi malam tu.

Aku kerap jugak travel. Setahun ada la dalam 2 ke 3 kali. Tapi kalini paling teruk. Maybe sebab cuaca jugak. Morocco sejuk, Spain panas, portugal sejuk. Keadaan setiap negara tu pulak bukan main berpasir lagi. Masa kat sana, time jugak muka aku naik jerawat kaw2 punya. Udara kering dan kotor.

Hari Khamis aku berjaya masuk ofis dan ke Sales Office Bangi jumpa geng sana untuk set thumbprint. Balik je rumah, demam datang balik. Tapi kalini kepala dah tak berat sangat. So rasa okay sikit. Tadi aku menghadiri jemputan boss Athong dari CSTeam. Berjaya buat2 sihat sambil mingle aorund. Masuk kereta aku dah tak larat. Terus carik kawan baik, Mr.Panadol Activfast.

Bertemankan air panas dan tisu sekotak, nampak gayanya malam ni aku tidur dengan batuk, bersin dan selsema yang sampai sekarang gigih meleleh.

Sekotak tisu baru, sekotak tisu sampah

Okay gaiss aku nk cuba lelap mata.

Till next entry, hugs & kisses 😘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge