Umum

SEPHORA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه and hello gaissss

Berapa ramai peminat Sephora kat sini? Disebabkan aku salah seorang peminat Sephora, entry kalini aku nak sembang pasal beauty store ni. Sephora bukan biasher2 macam beauty store yang lain. Bagi peminat makeup macam aku, pasti sebulan sekali nak masuk sini. Kalau bukan untuk membeli pon, sekadar nak masuk tengok2 sambil ambik bau😜

Sejarah Sephora

Aku mula kenal Sephora masa aku bekerja di UEM Edgenta dalam tahun 2014. Time tu Sephora baru masuk Malaysia dan 1st store yang aku rajin pergi kat NuSentral. Memang dari dulu suka barang mekap. Rasa macam terapi diri bila2 lemau. Aku rajin jugak masuk kelas makeup sebenarnya. Saja suka2 as a hobby.

Sedikit pasal background Sephora. Sebelum dikenali sebagai Sephora, ia dikenali sebagai Shop 8. Mula diusahakan pada tahun 1969 oleh Dominique Mondonnaud di France. Store ini merupakan perfume store. Pada tahun 1993, Mondonnaud telah bersara ketika berumur 50 tahun. Kemudian Shop 8 telah di rebrand semula sebagai Sephora oleh kumpulan yang membeli Shop 8.

Orang yang membeli Shop 8 aka. Sephora is non other than Louis Vuitton Moet Hennessy (LVMH) pada tahun 1997. Dah lama kewujudan Sephora ni rupanya kan. Jenama Sephora diinspirasikan daripada perkataan Greek Zipporah (Greek: Σεπφώρα, Sepphōra), isteri kepada Moses aka. Nabi Musa.

Tempat yang paling aku nak pergi singgah adalah store terbesar Sephora kat Herald Square. Size store ni lebih kurang 11,380 kaki persegi..omaigodd serius besar. Ada 13,000 produk dalam tu. Eiii tazzabarrr nak pegi. Bucket List mode on!

Beauty Brand

Terlalu banyak brand2 yang femes antaranya NARS Cosmetics, Make Up For Ever, Too Faced Cosmetics, Anastasia Beverly Hills, Urban Decay, Benefit Cosmetics, Amazing Cosmetics, First Aid Beauty, Lancôme Cosmetics, Sunday Riley Skincare, philosophy, Jo Malone London, Atelier Cologne, YSL Beauty by Yves Saint Laurent, Tatcha, Kat Von D, and Bobbi Brown Cosmetics. Sephora pon ada keluarkan produk atas brand nama ‘Sephora’ jugak dan harga murah serta kualiti best.

Tahun 2010, Sephora bawak masuk makeup line Marc Jacobs. April 2014, 1st time aku beli barang mekap yang 1 set. Aku beli di NuSentral sebab dekat dengan ofis. Cost me few hundreds jugak lah. Hehe. Demi merasa mekap branded dan full set. Rabak poket.

Scored Marc Jacobs!

My current obsession now is Huda Beauty. Baru masuk Malaysia tahun lepas. Mengikut data dari Forbes, Huda Beauty merupakan top selling cosmetic brand di Sephora Middle East, in 2018 dan sekarang makin femes di banyak negara.

Pengalaman Di Sephora Luar Negara

1. Dubai Mall, Dubai

1st store location luar negara pertama yang aku jejakkan kaki. Sephora di Dubai Mall. Masa ni November 2017 time nak buat umrah. Kami ambik pakej umrah ke Dubai.

2. Champ Elysées, France

Sephora hunting di negara asal Sephora. Aku ke France ni dalam trip Coway pada bulan March 2019 aritu. Store dia tak berapa besar compared to Dubai Mall. Dan kat France ni banyak range perfume.

3. Lisbon, Portugal

Aku dapat ke sini dalam trip aku menjelajah negara Andalusia bulan lepas. Store ni hanya 8 minit je daripada apartment kitorang. Kami jalan kaki je sambil menikmati udara sejuk malam di Lisbon. Sekadar nak dapatkan item dari Sephora Lisbon, aku just purchase 2 item Chanel iaitu milk cleanser dan lipstick matte.

Setiap orang ada collectible items pilihan masing2 kan. Aku punya collectible items is item yang aku beli dari Sephora kat negara2 yang aku lawati. Dapat beli 1 pon jadilah. Sekadar souvenir untuk diri sendiri. Hehe.

Okay gaiss, till next entry.

Hugs & kisses 😘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge