Siapa Goji?

Aku JOZIERA

Assalamualaikumm dan salam sejahtera

1st sekali terima kasih sudi masuk ke blog aku. Izinkan aku kenalkan diri. Bila korang dah masuk sini, lebih kurang dah jadi bestfren aku lah. Sebab korang bakal tau semua cerita pasal aku. SEMUA!

Nama diberi oleh parents aku ialah Joziera binti Johari. Dari mana asalnya nama aku? Jo tu memang korang dah tau la kan, daripada nama papa aku. Ziera tu pulak, kena bahagi 2 cerita. Mama aku bagitau, ‘zi’ tu daripada nama mama aku, Norzita. Jadi nama aku yg original untuk aku ialah ‘era’. Mama aku describe ‘era’ tu bermaksud aku lahir masa era baru. Sampai harini aku tak jumpa logiknya era baru masa aku lahir. Yang aku tau, aku lahir zaman proton baru keluar.

Aku lahir pada 18 September 1985. Muda lagi. Aku merupakan anak pertama, cucu pertama dan cicit pertama dalam keluarga aku. Anak sulung memang beruntung. Paham kan? Hehe. Aku memang asal orang Kajang. Paling jauh pun aku boleh kata aku orang Ampang. Aku tak pernah pindah tempat lain selain 2 tempat ni.

Status aku sekarang adalah ‘Married with 2 kids’. Pengalaman kerja? Aku boleh kata umur aku ni adalah batch yang suka lompat-lompat kerja. Paling lama dua tahun. Tapi kalini aku tak perasan aku dah kerja hampir 5 tahun kt company sekarang. Kini aku bekerja di Coway (M) Sdn Bhd sebagai Senior Sales Manager. Goji tu siapa? Aku jugak ler tu. Bos Korea aku yang bagi, sampai lekat dah nama tu.

Niat aku nak menjadikan blog ni tempat aku share bahan-bahan cerita yang bermanfaat based on kisah-kisah hidup aku dan daripada kisah-kisah yang diceritakan pada aku.

Aku tenang gila bila pegi travel, mata aku cepat terpesona dengan warna pink, sukan paling aku boleh tolerate ialah zumba, seminggu sekali aku pergi karaoke dan kedai paling aku suka singgah ialah Sephora.

Aku juga sukakan hal berkaitan time management, money management dan photography.

Ini link Facebook aku dan Instagram aku.

Selamat berkenalan gaissss!!!