Akhirat,  Inspirasi,  Umum

Tabiat Kaya Berjaya Dunia Akhirat

Assalamualaikum and hello gaissss

Dalam Morning Learning Coway di TTDI ofis aku, kami akan menjemput beberapa speaker luar untuk berkongsi elmu. Sebulan akan ada 2 ke 3 orang penceramah. 

Aku nak kongsikan beberapa tips hidup yang aku dapat dari session Morning Learning dari Sifu Samad Kinto.

1. Tabiat pagi : subuh dan exercise utk terus naikkan semangat

Tabiat pagi ni bila kita perhatikan semua orang yang berjayavdalam hidup, ada rutin pagi yang mereka lakukan. Starts your day early and actively, energy tu akan membawa sampai ke malam.

2. Invest dlm bisnes, property, amanah saham, tabung haji, emas

Belum ada lagi aku dengar kalau nak pulangan hebat, pergilah beli kereta. 

3. Keluarkan duit simpanan hanya dalam  3 keadaan sahaja

  • Pulang modal
  • Untuk membeli asset yang dapat pulangan dalam tempoh 1 tahun
  • Mak mintak

4. Simpan tanpa menggunakan duit keuntungan pertama sehingga bernilai Rm200k

Kumpul the 1st duit keuntungan sampai berjumlah rm200k. Tahan diri dari belanjakan duit keuntungan yang terawal ni. Dengan duit ini, boleh beranakkan sehingga rm1juta dalam masa 18 tahun.

5. Jangan mudah berhutang dan bagi hutang

Ada setengah orang cukup takut untuk kutip hutang. Dah la senang bagi hutang, takot pulak nak kutip. Mak aku memang ajar aku dan adik2 dari kecik. Nak bagi orang berhutang, mestilah berpada2. Set limit untuk bagi orang pinjam. Dan duit yang dipinjam tu mestilah redha siap2 untuk tak dapat balik.

6. Sedekah setiap hari & mesti melalui peruntukan, bukan lebihan

Adakan peruntukan untuk sedekah. Setiap kali dapat gaji, sebelahkan duit kategori sedekah. Contoh, duit untuk bersedekah rm1000, jadi pecahkan rm100 kepada rm1 atau rm5 untuk disedekahkan setiap hari. Sesungguhnya bersedekah itu tidak membuatkan kita menjadi miskin, malah sebaliknya.

7. Sediakan tabung untuk anak2 sebelum pegi sekolah 

Walaupon ada sesetengah ibubapa lebih gemar masukkan duit sebulan sekali ke akaun tabung anak, adalah lebih digalakkan untuk bagi anak2 duit dan ajar anak untuk masukkan sebahagiannya ke dalam tabung sebelum ke sekolah. Bukan selepas balik sekolah. Ini juga merupakan praktik yang diperuntukkan, bukan daripada lebihan.

8. 21 hari buat saving daily

Untuk mencipta rutin dan tabiat, tempoh 21hari sangat digalakkan. Cipta tabiat dengan memilih note rm5 atau rm10 dan setiap hari simpan dalam tabung fizikal khas.

Terima kasih Sifu Samad Kinto atas perkongsian hidup yang sangat bermakna. Aku nak praktikkan sampai jadi tabiat. 

Hugs & kisses 😘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge