Bucket List,  Travel

Tempat Wajib Pergi di Marrakesh, Morocco

Assalamualaikum & hallo gaisss

Sambung entry..

Flight dari Jeddah ke Casablanca pon ambik masa lebih kurang 7 jam juga. Kalini fight tak berapa penuh. Turun dari flight, kami ambik masa lebih 30minit jugak nak lepas dari imigresen sana. Pack dengan manusia dari macam2 negara. 

Ada kejadian sikit, beg kak Azidah takda sekali dengan beg kitorg. Ahh sudah! Cari punya cari, rupanya ade orang terambik dan dah terlepas ke tempat scan beg. Kak azidah dah nak nangis dah. Adeii. Keluar dari Terminal 2, nampak muka kekyah. Allah happynyaaa! Terus kekyah ajak tukar guna simkad sini. Murah katanya compare to roaming. Done 1 hal. Internet laju cam kt Malaysia. Email masuk bertalu2. Kerja wajib jalan lah sambil2 update team kat sana. Mana boleh tinggal diorang.

Casablanca to Marrakesh

Sebelum ni kekyah kata din akan drive untuk kitorang. Rupanya kami ada driver lah. Yart kata ala2 muka Chris Brown version putih 🤣 Nama dia Youssef. 1st pitstop is tempat makann!! Weehooo. Tempat 1st kitorang pegi tadi serve breakfast je. Rupanya baru pukul 11am. So kami gerak lagi cari next stop yang ada makanan berat sikit. 

Sepanjang perjalanan kami, boleh aku simpulkan tempat ni kering. Sejuk tapi matahari terik. Jumpa dah tempat makan. Kenyang. Nama dia brioche cafe. Macam nama coklat. Masuk2 memang serve pastry sandwich gitew. Dah kenyang, kami sambung perjalanan. Agak jauh sebenarnya dari airport nak ke town of Casablanca ni. Setakat ni kami dah lalu 3 toll.

1. Majorelle Garden a.k.a Jardin Majorelle

Once touchdown Marrakesh, kami terus di bawa ke Majorelle. Aku memang takkan study tempat yang bakal aku pergi. Konon suka element surprise la. Jadi driver Ucop kami kata ni taman bunga. Of coz view sini memang cantik, walaupon bangunan sekitar Marrakesh ni semua warna oren macam kat padang pasir tu.

Okay Majorelle ni adalah peninggalan daripada orang arts (read: artist) bernama Jacques Majorelle, berasal dari France. Dia pilih untuk datang ke Marrakesh sambil2 recovering daripada sakit dia. 40 tahun dia develop garden ni. Korang kalau datang sini jangan terkejut tau. Sebab banyak gile bunga dan tanaman pokok yang biasa kita nampak kat Malaysia ada kat sini.

Disebabkan itu, mata aku lebih menangkap pada villa biru yang ada dalam garden ni yang dicat dengan warna “Bleu Majorelle”. Memang cantik.

Blue Villa

Pengunjung yang datang sangat ramai. Diorang estimate dalam 700,000 tourist datang ke sini dalam setahun.

2. Musee Yves Saint Laurent

Muzium ni betul2 sebelah dengan Jardin Majorelle. YSL dan kawan dia Pierre Berge beli garden ni masa garden ni dah tak dijaga. Dalam villa ni pon ada collection2 arts dari YSL. Muzium ni dibuka pada public pada October 2017 untuk pengunjung.

2. Koutoubia Mosque

Masjid ni kami tak sempat masuk. Masing2 dah tak mandi lebih dari 24 jam, maka tak selesa nak solat kat masjid. Macam aku bagitau tadi, bangunan kat sini semua color oren macam kat padang pasir tu, termasuklah masjid ni. Rekaan diorang sikit berbeza daripada kita. Aku tak nampak any kubah macam normal masjid tu.

3. Palace of Bahia

Palace ni diambil dari nama salah seorang isteri Sultan. Konsep design tiles dan architectural dalam ni korang akan nampak islamik dan moroccan style dicombine sekali. Palace ni dibina masa kurun ke 19. Bunga raya dan bunga ros ada banyak kat sini. Oh! Dan pokok orange jugak.

Palace of Bahia

Haaa sini kami spend masa paling lama. Tempat hipster2 berinstafemes. Sebelum masuk, kena beli tiket dulu. Banyak kawasan dalam palace ni dalam tempoh pembaikan. Dari luar aku dah terbau bau simen. Sebagai seorang QS yang berjaya, hidung ni alert lebih kat bau2 bangunan ni. Hehe.

4. Souk

Keluar dari Palace of Bahia, korang akan nampak banyak Souk. Atau bahasa Melayu nya kita panggil pasar. Banyak rempah2 dijual kat pasar ni. Kami nak beli baju yang menampakkan macam orang Morocco. So far belum berjaya lagi. Diorang ni tau kita tourist, kaw2 diorg try nak ketuk. Adeii.

Pasar market

5. Djemaa El Fna Square

Haaa ini the best place of the day.

Tapi sebelum tu kami check-in Hotel Almas dulu. Mandi semua siap2, sempat nap jugak. Kami check-in pukul 5.30pm dan plan untuk ke square pukul 9pm. Akibat terlajak tido sikit, 9.30 kami gerak ke square.

Awal2 masuk square ni kami berjaya grab souvenir sikit. Ade kedai air tebu sedap kt deret2 kedai sebelum masuk ke square ni. Tapi tebu die rasa lain sikit sbb diorg ade perah lemon sikit. Acah2 tebu lemon zest gitu.

Masuk je kami kt square ni, aku macam culture shock weih, laki aku cakap macam zaman cerita ibrahim pendek ‘open table’ kat pasar main judi. Sini jugak aku 1st time nampak ular selamba je tuan dia letak atas jalan sebab diorang bukak kedai seru2 ular guna seruling tu. Macam2 lagilah. Dengan muzik2 diorang.

Okay dah pilih makanan? Hati2 pulak bila nak pilih makanan. Make sure korang kira siap2 dan tanya harga siap2 sebelum order. If not, tengoklah harga kurang siuman yang diorang tulis atas kertas tisu je. Kami ni terselamat sebab dah nampak meja sebelah terbeliak mata dengar total bill. Kalau orang dia sendiri pon terkena, apatah lagi orang luar.

Masuk ke dalam sikit, korang akan jumpa kedai2 makan. Kat sini kena hati2. Sebab diorg akan rebut pelanggan. Dan jangan janji nak datang balik ke kedai tu bila korang tengah dalam mode survey kedai makan. Silap hari kena jerit dengan peniaga tu “you liar! Thank you for not coming!”. Okay cerita dia, takda sapa yang janji pon nak datang balik ke kedai dia.

Seperti dijangka, harga kitorg dapat pelik2 naw lah. Laki aku terus bising, itu cara dia acah2 nak gertak diorang je sebab harga tak masuk akal dia tu. Guess what, peniaga tu cakap bayar je lah berapa kitorg nak. Dari 210 dirham, kami bayar 100 dirham je.

Siap semua, kami pon balik ke hotel berbekalkan pengalaman hari pertama di Marrakesh. What a day😁

Till next entry

Hugs & kisses 😘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge