Suka Aku,  Umum

Tips Berbelanja Di Sephora

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه dan selamat sejahtera gaiss

Laki aku kalau nampak aku pegang paper beg Sephora, mesti mulut dia “Beli apa lagi tu? Dah sebakul besar barang makeup dalam bilik tak berguna pon”. Nak kata membazir la tu..nak kata buang duit la tu. Hehe. Aku sengih je ler. Seronok tengok dia bebel. Tau tak ada banyak tips untuk beli item kat Sephora. Ni aku sharekan.

Dalam entry aku sebelum ni, aku dah share panjang pasal history Sephora. Gigih nak ambik tau sejarah Sephora, padahal sejarah masa sekolah kau malas ambik tau kan joziera. Ehhehe. Itulah the Power of Passion. Giteww. Macam2 brand high-end makeup ada kat Sephora.

Nama pon high-end pastilah harganya juga high. Ekeek. Pandai pilih, dapatlah 1 item bawah rm50. Main belasah ambik je, 5 barang boleh jadi RM500. Tapi ada sebab kenapa Sephora mempunyai peminatnya yang tersendiri. Bila masuk Sephora terasa macam sedang terapi diri dengan bau Sephora tu sendiri. Gila? Ha suka aku la. Bukan Sephora namanya jika tidak membuat pelanggannya terasa special.

Sephora offer banyak sangat benefit dan macam2 program. Untung poket kalau ikot cara yang Sephora dan sediakan. Cuba amalkan tips ini!

1. Kad Membership Sephora

Atau boleh juga pinjam kad kawan yang korang tau merupakan peminat Sephora abadi. Macam aku. Kalau rasa macam sekali ni je masuk Sephora, its ok, buat je kad tu. Senang dan tak ambik masa pon. Dengan adanya kad ni, korang boleh dapat 10% discount. Sephora akan deduct 300point dari kad ni dan convert kepada discount. Banyak tau amount tu. Untung kan?

Bagi yang ada kad ini, make sure tak membeli di Sephora seorang diri. Ajak kawan2 untuk ikut sama membeli. Gunakan kad ini. Semakin banyak item yang dibeli, semakin banyak point yang akan dikumpul. Sekiranya korang taknak ambik diskaun tu, boleh juga tukar dengan item yang ada dihadapan kaunter. Comel2 je item2 yang tersusun tu. Kadang aku gunakan point ni untuk redeem barang2 depan kaunter ni.

2. Follow SocMed Sephora

Sephora ada banyak channel online. Untuk aku sendiri aku lebih selesa follow Instagram diorang. Sebab mudah nak tengok gambar2 yang menarik. Mohon follow mereka. Baru2 ni Sephora ada buat 20% dan 50% discount on selected items.

Kalau tak follow, memang takkan tau lah apa promosi terbaru mereka kan. Jangan sampai korang pergi Sephora, lepas tu promoter bagitau “Ala sis kenapa tak datang semalam, ada discount best. Rugi you”. Geram? Padan muka.

3. Salah Beli atau Tak Suka, Boleh Return Product

Baru2 ni aku ke Sephora nak beli barang yang aku dah buat research gitew. So masa nak membeli, aku diracun oleh sisthur Sephora untuk beli brand lain. Makanya masuk kereta sampai rumah, rasa menyesal menyelubungi diri. Jangan risau. Sephora ada sediakan Return Policy. Nampak sangat Sephora caring gila kan dengan customer dia.

Yang paling best, kalau hilang resit pon jangan risau. Data pembelian kita semua di hujung jari sisthur Sephora. Bagi je nombor fon. Trett. Keluar segala bala item pembelian dalam tu. Mohon baca Return Policy Sephora macam gambar yang aku letak ni.

4. Minta Sample Product

Ini sememangnya sample product yang aku dapat masa singgah Sephora haritu. Banyak kan? Sephora memang hebat bab ambik hati custimer ni. Aku sendiri sebagai seorang jurujual Coway, bagi hadiah kepada customer sememangnya merupakan strategi yang paling baek untuk tambat hati customer. Lagi banyak ko bagi, lagi customer sayang dan ingat ko.

Sephora pasti akan memberikan sample product selepas korangbuat bayaran, jika dia tak bagi any sample (maybe sebab ko beli seketul barang je) takpe, ko mintak je, InshaAllah dapat. Tak pernah lagi aku keluar Sephora tanpa dapat sample. Kecuali aku kejar masa, lupa nak mintak sbb beli 1 barang je. Hehe.

Sample2 yang Sephora bagi pulak bukan calang2. Biasanya dalam bentuk sample yang kecik nipis dalam kad tu kan. Cuba tengok sample yang aku dapat. Syiok kannn? Pandai2 la buat muka maness masa mintak sample tu. Ataupon mintak dari awal kat sisthur Sephora yang jaga korang “Dik japg bagi akak sample best2 yeh” giteww.

5. Beli Gift Set

Normally gift set ni Sephora letak berhampiran dengan kaunter bayaran. Ada banyak gift set either dalam vbentuk kosmetik, barang mandian, set perfume dan macam2 lagi. Harga gift set jika dibandingkan dengan harga loose item, memang ada beza. Lebih murah.

If kurang yakin betul ke murah, cuba korang kira sendiri dengan sisthur Sephora tu comparekan harga gift set vs loose item. Mohon tutup mulut yang ternganga tu lepas tengok perbezaan harga. Hiks.

6. Elakkan Beli Produk dalam Travel Size

1 lagi strategi Sephora yang ternyata bijak, korang akan dikelilingi product2 comel travel size dikala sedang beratur menunggu giliran untuk membayar. Tanpa sedar tangan tu laju je ambik packaging yang kecik2 ni masuk dalam bakul Sephora terus bayar, ‘Eh ade travel size. Ambik je lah senang nak bawak pegi travel’ katanyaa.

Kalau nak kan keuntungan, elakkan beli item travel size. Walaupon harga travel size tu jauh lebih murah, jika dibandingkan dengan kuantiti dalam packaging, korang rugi sebenarnya. Beli sahaja full size dan repackaging kan dalam travel beg korang. Seeloknya, minta free sample kalau nak memcuba produk.

7. Makeover dan Beauty Class Secara Percuma

Ini merupakan salah satu keuntungan menjadi member Sephora. Honestly aku tak sempat lagi nak grab benda ni. Tapi asik terbaca jelah kat kaunter make over tu. Teringin jugak 1 hari nanti.

Sekiranya korang berjaya capai gold member, korang entitle untuk dapatkan kelas makeover secara percumani. Hebat kan? Buat appointment terlebih dahulu di location Sephora yang mudah untuk korang pergi. Sephora juga ada menyediakan Beauty Class untuk kita belajar makeup dan sharpkan lagi skill conteng arang di muka. Tak perlu dah nak attend kelas makeup kat luar sana. Dapat free gift dari Sephora lagi.

8. Harga vs Jumlah Size

Skill ni aku dapat dari laki aku yang sangat suka buat kira2. Kihkih. Pergi MyDIY pon dia akan mengira. Untungkan aku dapat laki camni. Aku belanja, dia simpan. Eh!

Okay caranya gimanasih? Kira harga dengan jumlah size yang korang nak beli tu. Misalnya korang beli full size 50ml dengan harga RMxx dan terdapat 30ml dengan harga RMxx. Kebiasaannya yang besar lebih untung dan tahan lama, dengan syarat korang memang dah serasi dengan produk tu, nak pakai lama.

‘Takpe la nak beli yang kecik jugak, senang nak bawak travel’. Ehh kan dah bagitau tadi, korek masuk je dalam bekas travel kecik. Kat Sephora ada jual, kat Muji lagi melambak bekas2 travel ni.

9. Download Kupon Sephora dari Website Kupon

Ada pelbagai website yang ada offer kupon Sephora. Register dan explore cara ni, nescaya cerah masa depan poket anda. Hehe. Cuba click link ni https://www.cuponation.com.my/sephora-coupons

10. Berkawan dengan Sisthur Sephora

Mesti ada certain location yang korang biasa pegi kan? Singgah Sephora tu sampai Sisthur tu greet korang dengan “haii Sis, welcome backk!” Location aku tetaplah di Sephora One Utama Old Wing. Senang nak parking.

Sisthur Sephora ni akan teman korang sepanjang korang berada di Sephora dan akan bagi tips2 berguna berkaitan produk dan apa yang sesuai dengan kita agar tak membeli sesuka hati. Mohon jaga2 juga kerana Sisthur2 ini berupaya menipiskan wallet korang especially yang imannya senipis kulit bawang.

Aku takpe. Aku dah level master. 😜

Till next entry. Hugs & kisses 😘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge