Begitulah Kehidupan

Tips Rajin Solat Sebelum Kau Disolatkan

Dikala menaip ayat ini pun hati aku masih tersentak. Menangis hati aku. Banyaknya dosa-dosa. Moga Allah ampunkan dosa kita semua.

Kenapa? Kau tak solat?

Aku masih belum sempurna solatku. Masih ada yang terlambat, masih ada yang lompong, bacaan pon tidak sempurna. Masih ada yang tidak khusyuk.

Tapi aku bersyukur. Sangat bersyukur. Jika dibandingkan dengan waktu lampau, jauh sangat beza. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Masih Kau bagi aku kesempatan untuk merasakan bezanya hati aku semasa jahil dan sekarang. Tidaklah sempurna, tapi ada pembaikannya.

Macam mana aku berubah? Aku percaya ramai yang berada dalam keadaan aku yang dulu. Nak solat, tapi Allahhhh beratnya punggung kau nk bangun. Walhal hati dah niat dah nak bersolat ni. Ada yang berpesan, “Kau solat dulu 1 waktu, bagi istiqomah, nanti konsisten la tu”. Honestly, cara tu tak membantu untuk aku.

Aku nak kongsikan macam mana caranya. Nampak remeh, tapi InsyaAllah membantu.

1. Tukar Persekitaran

Bila aku bercakap pasal hal persekitaran, aku maksudkan barang-barang dan apa sahaja yang berada di depan kau. Perhatikan sekeliling, adakah membantu untuk ingatkan kau pasal solat. Aku memilih untuk letakkan nama ”Allah”, “Muhammad”, ayat suci Al-Quran dan Al-Quran berdekatan dengan aku. Dengan harapan, semoga aku rasa bersalah bila dah masuk waktu.

2. Pilih Kawan

Ini bukan cerita selfish dan sombong. Ini cerita betul, cerita serius. Meh aku sedarkan kenapa perlunya kita pilih kawan dalam konteks Islam itu sendiri. Alhamdulillah Allah datangkan pada aku kawan yang pandai agamanya, bijak akalnya. Aku tak perlukan ramai. Hanya ada 2 sahaja kawan till jannah aku. Selalu ingatkan aku hal-hal begini.

Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi dari penjual minyak wangi samada membeli atau tidak. Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap”.

(HR Bukhari No: 1959) Status: Hadis Sahih

3. Beli Telekung Baru

Telekung Blancheur
Telekung paling selesa di donia!

Sama jugak macam kau nak pergi interview. Kau sibuk cari baju baru kan? Dapat naikkan semangat. Percayalah cakap aku. Ini memang membantu. Tapi bukan telekung yang calang-calang tau. Ini kategori Siti Khadijah dan aku punya current obsession, Blancheur. Harga brand ini memang akan buat kau berdarah hidung sikit lah. Alah, sikit je..setitik. Hehe. Kau pergi rasa sendiri feel pakai telekung ni. Terlebih berbaloi. Kau memang looking forward nak solat. Tak sabar nak pergi solat.

Syukur aku dah bertukar platform kerja aku. Jadi income aku adalah sedikit stabil compare dengan waktu dulu. Kurang sikit berkira-kira nak beli barang sedikit mahal yang bantu aku ke arah kebaikan. Aku pulun beli telekung best-best ni dan aku letak merata tempat yang kerap aku pergi. In fact, dalam rumah aku ni, bilik atas, bilik bawah, dalam kereta, di ofis Coway aku, memang tersedia.

4. Jam Solat

Jam takwim di ofis Coway TTDi
‘Jam ingat solat’ wajib ada di rumah

Bos aku letakkan jam solat takwim yang ada azan tu. Ofis Coway aku, atas bawah bos letak. Bila jam tu dah start berzikir, kau standby je ambik wudhu’. Jam dah azan, mana mungkin kau tak rasa bersalah bila tak solat kan? Hahaa. Semoga bos aku diberkati Allah sentiasa. Aku nak letakkan kat rumah aku dan rumah parents aku jugak.

Apple Watch generasi 4
Dah 3 tahun aku setia dengan jam ni

Aku juga pakai jam yang ada waktu solat. Aku pakai jam Apple Watch. Dan aku download apps ‘Muslim Pro’. Seronok sebab aku boleh letak apps ni di display depan. Jadi aku boleh nampak waktu solat akan masuk pukul berapa. Selain tu dalam jam ni juga ada tasbih digital dan ayat Quran. Itu bonus pahala.

5. Berniaga

9/10 rezeki dalam berniaga. Selalu je dengar dulu, tapi tak faham. Sehinggalah aku bertukar daripada bekerja dengan majikan 9am ke 5pm kepada berniaga atas platform Coway.

Ofis Coway TTDi
Ini ofis aku di Taman Tun Dr.Ismail

Aku ingat lagi, untuk Zohor aku akan pergi lunch dulu, balik ofis sambung pergi ke surau untuk solat Zohor. Kadang sambung pulak tertidur kat surau. Situ pun dah tak berkat gaji aku, ye lah aku ambik masa bekerja kan. Tak sengaja weii. Aku kenyang kot. Kompom mengantuk. Adehhh

Itu kira on time dah tu kalau dapat solat lepas lunch. Tapi kebanyakan masa waktu Zohor aku akan combine sekali dengan Asar. Huwaaaa..teruknya perangai dulu. Agak-agak nak masuk waktu Asar, aku kejarkan Zohor dulu. Teruk kan buat camtu. Huhu

Bila berniaga ni, semua masa aku sendiri yang manage. Alhamdulillah syukur, Allah bagi aku rasa. Aku boleh urus time bila nak jumpa customer, jumpa agent-agent dan juga managers dalam team aku. In fact, waktu Zohor aku lebih banyak dihabiskan di masjid. Kadang aku ‘masjid hopping’ juga waktu Zohor. Dapat lah aku merasa suasana baru. Korang pernah solat di Masjid An-Nur Temasya di Glenmarie? Best, macam berada di Tanah Suci Mekah. Putih je semua.

Masjid Naza
Masjid ni dekat dengan sekolah anak aku dulu

Aku rasa setakat tu je tips aku share kali ni. Ini yang boleh bantu aku improve bab solat. Ini pengalaman aku. Kalau korang dapat manage masa solat masa bekerja, tahniah aku ucapkan. Aku mengaku dulu aku tak dapat manage. Padahal pergi je lah solat bila dah masuk waktu kan. Masa meeting pun keluar je lah pergi solat kan. Tapi itulah aku waktu dulu, jahil.

Aku doakan kita semua jadi umat dan hambaNya yang menjaga kualiti solat kita. آمــين اَللّهُمَّ آمــين

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge