Inspirasi,  Travel

Tribute to Kekyah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه and hello gaissssss

Tribute ni biasanya orang buat untuk orang yang dah takde kat dunia ni kan? Tapi kalini aku rasa tajuk ni sesuai sangat untuk member aku sorang ni. Special untuk kau kekyah. Aku menaip ni lepas mwuah mwuah dengan ko masa menunggu flight yang delay, dari Casablanca ke Jeddah. Transit 3 jam untuk flight ke Malaysia.

Ko mesti bangga kan ade tribute untuk ko 😜

Dulu, 5 tahun lepas to be exact, aku tak pernah terpikir pon untuk jadikan travel sebagai cara untuk aku ‘Recharge’. Aktiviti ni tercetus sejak aku bergiat mesra dengan Coway. Masa aku seorang agent Coway sejak June 2014, aku pulun betul2 sebab komisen Coway ni masyuk. So cukup 6 bulan aku berkomisen lebat dengan Coway, aku ajak suami aku pergi honeymoon. For the 1st time kitorang honeymoon dan kami memilih Korea (Jan 2015). Hehe. After 4 years of marriage.

Ini titik tolak di mana aku dah start merasa pergi ke negara orang. Indonesia aku tak kira la yeh. Itu negara seberang je. Dah mula rasa syiok travel bila nampak negara orang lain. Rasa ni bertambah2 membuak bila aku qualify dengan trip Coway untuk ke Japan (Mac 2015), Italy (Feb 2016) dan Bali (Aug 2016) dan Korea (Nov 2016).

Sebelum aku kenal Kekyah dan sebelum aku tau yang Kekyah ada buat service untuk bawak orang pergi travel, aku dan din (suami aku) serta besfren aku Yartee dah booking travel ke New Zealand (May 2018) dengan kenalan baru aku. Ini 1st time kami ber3 pergi trip berbayar camni yang ala2 backpack. Trip ke New Zealand ni guna konsep motorhome.

Kami dapat tau Kekyah ade service travel ni masa kami sama2 pergi bercuti ke Lombok (Mac 2018). The best part is masa ni lah Kekyah bagitau yang dia kenal member aku yang akan bawak kitorang ke NZ nanti. Surprise! Kekyah sambut kitorang kat airport masa kitorang transit di Melbourne. Sejak dari tu NO TURNING BACK. Kami book Kekyah forever lah senang cite.

Selepas kami jumpa kat Melbourne tu, kami travel bersama2 ke Turkey (June 2018), Krabi untuk girls trip geng2 Coway (Aug 2018) dan Japan (Dec’18 – Jan’19). Kami sambut New Year di Japan. Rupanya orang Japan tak sambut New Year pon. Diam je malam tu. Kami siap naik tower tertinggi kat Japan semata2 nak tengok fireworks. Sunyi sepi ye.

Service kekyah ni pada pendapat kami, sangat2 sesuai untuk kitorang yang kaki sempoi dan jenis malas nak pikir kritikal sangat bila tiba bab bercuti. Kami suka gila service Kekyah. Bab harga yang paling utama. Bab harga pakej, dah la murah, siap bayar bulan2 pulak tu. Kiranya macam kita menabung untuk travel, tapi duit tu masuk siap2 kat Kekyah. By the time nak pergi, just bawak duit makan dengan duit shopping je. Hotel dan flight ticket, consider done. Bila Kekyah introduce cara ni, aku rasa macam cerah gile peluang aku untuk tengok dunia luar.

Kekyah ni pulak, memang sejenis yang sempoi baq ang lah. Pastu strict. Ko nak ambik, ko taknak sudah. Ada beberapa kali aku tengok dia main tengking je orang2 yang main harga dengan dia. Konfem2 Kekyah menang. Sampai dalam waktu trip pon ko jangan takotlah. Kekyah cover ko baik punya. Susah nak kena tipu dengan rakyat tempatan kat negara tu. Kekyah ni banyak gile pengalaman travel dia. Sebelum umur 30, dia dah berjaya cover 30 negara. Siap masuk dalam artikel magazine gitew.

So sebelum dia bawak troop, dia dah survey dan explore siap2. Tshirt untuk setiap lokasi travel pon disediakan. Dah tau mana nak makan halal dan sedap, mana hotel yang tak cekik darah tapi selesa, dah tau nak naik transport apa. Jujur dan amanah la kiranya. Kekyah berani gila explore tempat sorang2. Takda la main bawak je troop pegi tempat yang dia belum pergi. Kekyah juga seorang fotographer hebat hanya dengan menggunakan fon. Yang gemok pasti nampak kurus, yang pendek pasti nampak tinggi. Hahahaa.

Macam trip kami sekarang ni pon, Kekyah dah bagitau siap2. Ini tempat yang dia tak pernah pergi dan dia nak explore dulu. Sapa nak ikot kasi roger. Jadi kami explore sama2 Morocco Spain Portugal ni. Kami ber4 ni dah jadi travel buddy lah.

Hari terakhir kat Morocco ni kami dah rasa Homesick dah. Tapi Kekyah tak, dia punya konsep Sick of Home. Hahaa. Banyak trip yang bakal Kekyah buat lagi. Untuk tahun depan kami belum decide lagi. Tahun depan kami bakal ada sorang lagi travel buddy yang baru. Jeng jeng. Yartee bakal dapat suami. Akhirnya! Kah! Jadi ber4 la kami nanti.

Akhir kata, korang cuba la google or search hashtag #twk atau #travelwithkekyah. Do try her service ya. Aku recommend sangat2 untuk sapa2 yang suka travel bajet yang adventurous. Aku bagi 5/5 bintang untuk Travel With Kekyah.

Till next entry. Hugs & kisses 😘

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge